Tragedi 09.10.11 masih terngiang2x di ingatanku.. Dimana aku bersama dua org lagi temanku hampir ‘Mati Lemas Di Desaru’.. dan bila mengenang kisah itu menjadikan aku tak henti2 mengucap Alhamdulillah..!
Masih dipanjangkan umur, masih diberi kesempatan untuk bernafas, masih diberi kesempatan untuk berkhidmat dan berbakti kpd kedua orang tua dan masih diberi kesempatan untuk beribadah.. subahanallah.. subahanallah…
bersyukur yang teramat sangat !
Alhamdulillah kami selamat dalam pertarungan itu.. agak lama juga kami bergelut didalam air untuk menyelamatkan diri dan hampir2 berputus asa.. mase tu boleh dikatakan xde orang yg berani menyelamatkan kami, tapi sekian lame berdoa di dalam lautan tu, dgn tidak semena2 ade seorang hamba allah dgn sepantas kilat menyelamatkan kami. Tapi yang peliknya selepas kami naik ke atas, pasir tepi pantai tu terus lengang.. tinggallah kami bertiga termuntah2 dan tercungap2.. dgn kesempatan itu kami terus ke bilik dan membuat solat syukur kerna masih selamat.
Alhamdulilah ya rahman !
No comments:
Post a Comment