Showing posts with label BISIKAN SUARA HATIKU~. Show all posts
Showing posts with label BISIKAN SUARA HATIKU~. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

MY ACCOUNTANT GRADUATION DAY.. ^^

ALHAMDULILLAH yg tak terhingga pada Allah kerana masih memberi aku kesempatan utk menimba ilmu dan memperbaiki hidup..

Bersyukur juga kerana di kurniakan keluarga yang tak henti2 menyokong aku dari belakang,.. Ya allah betullah perancangan allah pasti yg terbaik utk kita kan.. sebenarnye allah dah bagi kita kehidupan ni sama rata, cume bergantung pada usaha kita utk memanfaatkannya..

Hidup ini suatu cabaran, jatuh bangun lagi! gagal cube lagi,.! smpailah waktu di jemput olehnya..
" Jadilah seperti LILIN yang membakar diri "..

Luv All Of You... Muaxxxsssss..... !!

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Hye2 teman2 yg saya kasihi sekalian.. harini 1 ramadhan 1433, dimana seluruh umat islam seluruh dunia menunaikan rukun islam yg ke 3 iaitu berpuasa dibulan ramadhan.. Masyaallah begitu pantas masa berlalu, dan kita dapat lagi bertemu lagi dibulan yang penuh kerahmatan ini..

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas kesalahan serta ketelanjuran kata samada yang di sengajakan mahupun tidak.. semoga kita beroleh keberkatan hidup dibulan ramadhan dan juga seterusnya..

Selamat berpuasa buat anda semua dan selamat menunaikan ibadah terawikh.. ingin saya kongsikan kata-kata dan doa sempena di bulan ramadhan ini..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :
“Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dri api neraka“..

Dan dibulan ramadhan ini terdapat satu malam dinamakan malam lailatul qadar yg mana malam ini mempunyai banyak kelebihan dan lebih baik dari seribu bulan.. Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Mahluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.
Salam sayang buat semua.. jazakallah…~

Monday, June 18, 2012

SENJATA KITA ADALAH DOA..~

Sahabat², rakan² blogger serta korang² yg bace blog ini tolong AMINkan doa saya boleh..?

Ya Allah Ya tuhanku jika harini aku dpt makan, aku berharap agar kakak² serta adik beradikku dan seluruh umat islam didalam dunia ini juga dpt makan seperti aku,.

Ya Allah kurniakanlah aku pendamping yang baik yang dapat bersama menempuh kehidupan di dunia dan akhirat serta kurniakanlah aku zuriat yang soleh..

“ Ya Allah, Kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat kelembutan, muliakanlah aku dengan sifat ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan nikmat kesihatan”
Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih kepada kalian yg sudi mengaminkan doa sy itu tadi,. Semoga kita semua beroleh keberkatan hidup di dunia & akhirat.. insyaallah…~

Monday, May 28, 2012

RASULULLAH SUMBER INSPIRASI SEPANJANG ZAMAN~

Bila aku sedang bersedih dgn lakonan dan kepura2an manusia yg menzalimi aku, kata2 ini aku jadikan sbg motivasi diri...

...Jika anda pernah berSEDIH, ingatlah kesedihan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Jika anda pernah diZALIMI, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah dicederakan dan cuba dibunuh kerana Islam.

Jika anda diFITNAH, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dituduh dgn segala kata nista.

Jika anda SUSAH, ingatlah kekasih Allah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, makhluk paling sempurna juga pernah bersusah payah untuk ummatnya.

**Jika anda sedih, difitnah, dizalimi, dituduh dan berasa susah, cukuplah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai motivasi.

Benarlah Baginda صلى الله عليه وسلم rahmat buat seluruh alam...

Monday, May 21, 2012

KISAH SEDIH DIHATIKU

Hurmm hari ni kan
Saya rase sedih sangat.. segala dokumen yg saya key in hilang..
Tak sempat nak back up..
Dah lah barang berharga sy juga hilang minggu lepas..
Sedih sangat.. tapi bile umur dah nak jejak 3 siries nie dah malas nak bising,
Lebih baik sabar, redha, tawakal dan teruskan perjalanan..

Huuu… tp barang yg hilang tu memang sangat bermakna dlm hidup saya..
Sape yg ambil tu tolong lah pulangkan..
sedih sgt hati saya ni menahan sebak dari hari tu.. T____T!

Friday, May 18, 2012

“PERKHABARAN ITU MENGGEMBIRAKAN AKU”

Pagi tadi tika sedang kusyuk membuat kerje tibe² mber aku YM..
Tanye kabo n sebagainya..
Dalam rancak2 berborak…
Dia mberitahu aku bhw dia nak ke umrah 25 may ni..

MASYAALLAH tersenyum aku mdengar perkabaran gembira ini..
“TAHNIAH fasya, kerna dpt juga mengerjakan umrah dalam usia yg muda ni"..
terharu aku mdengarnya..”
Yang bestnye company yg hantar pulak tu utk mengerjakan umrah.. aku doakan semoga btambah berkat hendaknye opis diaorg.. amin….
Macamnilah baru bisnes anak bangsa kita, duit dan keuntungan ade hala tuju yg berfaedah..
BDW semoga selamat pergi dan pulang yek..

JANGAN LUPA seru nama aku sekali tika di sane yewk..!

Tuesday, April 3, 2012

HANA MIXCHI KEMBALI BERCERITERA..

Agak lame sy x meng’update’ blog luahan hati sy ini, mungkin kerana kesuntukan waktu.. Tidak pasti samada yg mnyedari ketiadaan sy dan juga x pasti samada ada dikalangan kalian yg merindui ketiadaan sy.. (sy perasan?? hidup kena perasan, x perasan x normal) ^_^ hehe…

Apa yg pasti doaku sentiasa ada bsama kalian.. Hurmm x bnyk pkmbangan yg blaku sejak akhir2 ini.. cume sy ingin berkongsi serba sedikit al-kisah “KEHEBATAN WANITA” sempena hari wanita sedunia baru² ni..

Macam sy, sy tak boleh utk mnjadi wanita yg lembut dan yg boleh sy lakukan adalah mjadi diri sendiri yg unik, buruk ke baik ke diri sy, as I say “I AM WHO I AM”.. kerna mnusia itu tdk sempurna lah yg mnjadikan manusia itu unik.. yg akn dirindui apabila tiada .. apatah lagi apabila hayatku dah tiada di dunia ini.. pasti kalian akn merindui tangis tawa sy kan…??

Pnh dengar lagu sumayah?? (“tangan yg di sangka lembut menghayun buaian, MENGGONCANG DUNIA mencipta sejarah..”)~ dan pernah dengar bagaimana ganasnye tentera cina yg terdiri dari ribuan askar lelaki mempertahankn tembok itu dari diceroboh,.. akhirnya tembok besar cina itu di buka sendiri oleh ketua tentera cina itu yg ganas yg pnh mbunuh ratusan orang tetapi kalah hanya kerna SENTUHAN WANITA..~ .Mengikut kajian juga tubuh manusia hanya mampu menahan sbnyk 47del kesakitan, tetapi wanita yg melahirkan anak mampu menahan sehingga 57 del ksakitan.. MASYAALLAH hebatkan wanita??

Tetapi bagi sy lelaki perlu bersifat tegas & ada sesekali garang dan berpendirian kerna ia secara x lansung menjadikan wanita yg berdamping dengannya kelihatan lembut wlaupun hakikatnya dunia luar tdk nmpak.. Bagi saya lelaki yg hebat adalah lelaki yg mampu mengalirkan air mata melihat isterinya melahirkan zuriat bsama..**touching**

Bile sy bercerita mngenai kehebatan wanita itu tdk bmaksud lelaki tidak hebat. Tetapi pnh ke kita dgar lelaki tdk hebat? Hebat itu biasenya sinonim dgn lelaki bkn? Jadi pandangan sy, perempuan tdk perlu tunjuk ego yg tinggi meninggi diri kerana ego, cukup dgn sentuhan dpt mlemahkn kejantanan lelaki? Am I rite? Ok lah kt stop di sini takut ade yg mngandaikan yg bkn2 mngenai penulisan sy pd kali ini..

Apepun Hebatkan sentuhan wanita..?! ^_^

Wednesday, November 9, 2011

TAWA, TANGIS ADA DALAM JIWA..~

Mendengar keluh kesah seorang rakan, serta peristiwa² yang berlaku di sekelilingku menjadikan aku lebih matang & berfikiran terbuka..

Aku bersyukur banyak kali mencuba & gagal dalam usia yang muda kerna bagi aku itulah tanda sayangnya ALLAH s.w.t terhadap aku.. bagi aku manusia ni tergolong dalam macam² golongan.. tapi sifat marah tu juga perlu utk menunjukkan kita peka terhadap apa yang berlaku & menjadi lebih baik dari sebelumnya..
>Minggu lepas member aku ajak aku main bowling.. drpd wat "KUAQ LENTANG" kat mah baik aku gi, ley gak xcercise, tenangkan minda.
sambil² main bowling tu aku pun mendengar keluh kesah member² aku, sambil angguk² & geleng² mendengar luahan hati mereka aku pun amik turn utk lemparkan bola.. yeahhh...! best gak dah lame x main bowling..

Cam biase la bila aku dengar keluh kesah dorang aku x membela mane², bagi aku lumrah hidup, manusia ni xde yang sempurna, aku pun dah lalui bermacam² musibah yg menjadikan aku lebih berfikiran terbuka, ye lah kdg² kita tak perasan ape yg kite wat ni lebih kpd emosi.. ada org menyalahkan bos, ada yang menyalahkan org bawahan,kwn makan kawan, bergaduh ngan pasangan.. mcm².. tp cube kita kontra.. cube kite letakkan diri kita di tempat dia & kita letakkan diri dia ditempat kite.. "AMACAM"??

sambil meneruskan balingan bola ke arah pin sasaran aku sekilas melihat pungutan mate di skrin.. "waduh terernya org sebelah ni main!"

Wednesday, March 2, 2011

"Behind My Smile is a Hurting hurt.."


hmmm...
dalam kita ketawa,. xde siapa yg mndengar tangisan hati kita
kan....

manusia cume pandang pada luaran...
dan sampai bila2 pun kita xkn
puaskn hati semua org...

itulah namanya manusia..
bak kata ibu, rambut sama hitam
tapi hati lain2..

jatuh bangun adalah adat manusia..
tiada manusia yg x pernah ditimpa masalah...
seperti lagu..
bumi yg mana tdk di timpa hujan.......