Monday, April 30, 2012

SEMANIS TUTTY FRUTTY yaw!

Huhu korang tahu tak kelebihan dan khasiat BUAH-BUAHAN.. Masyaallah bnyk khasiatnya.. jom kita kongsi …

Allah Taala menciptakan buah-buahan yang munasabah pada setiap musim mengikut negara masing-masing yg mempunyai kelebihan & hikmahnya tersendiri. Bezanya, sama ada kita mengetahui manfaatnya ataupun tidak mengetahui. Buah – Buahan adalah sumber makanan semulajadi yg kaya dengan zat mineral dan mudah didapati. Di Malaysia budaya memakan buah-buahan belum lagi mencapai pada tahap yang bagus.. Salah satu sunnah nabi juga adalah “sunat memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum memakan nasi”.

Setiap Buah-Buahan mengandungi zat dan kelebihan yg tersendiri contohnya :

LIMAU baik untuk penyakit-penyakit sejuk dan kaya dengan vitamin D. Ia boleh menolong pembentukan kalsium di dalam tulang kita dan boleh mengelakkan dari terkena penyakit “Askarbut”.
Jus limau pula sangat elok untuk pembersihan dalaman iaitu menolong melancarkan air kencing dan membuang racun di saluran kencing dan meredakan kesakitan sewaktu membuang air kecil.
Jus limau juga boleh menghilangkan dahaga, membuang kahak dan merendahkan suhu panas dalam badan.

DELIMA merupakan salah satu dari buah-buhan yang terdapat di syurga. Ia banyak faedahnya, kulitnya dikeringkan serta dijadikan serbuk yang halus, digunakan sebelum memakan apa-apa makanan baik untuk melegakan luka di dalam perut, menghentikan cirit birit, menguatkan gusi apabila digunakan sebagai ubat gigi, boleh membersihkan luka apabila ditabur keatasnya. Manakala bijinya menghalang kesukaran penghadaman.

ZAITUN manfaatnya iaitu baik untuk sakit buah pinggang dan hati. Daunnya boleh menguatkan gusi dan sakit tekak, minyaknya pula elok untuk rambut gugur. Apabila di minum bersama secawan air suam di waktu pagi sebelum memakan apa-apa makanan, merupakan penawar bagi sakit hempedu dan kurang darah (enimia).
LIMAU NIPIS yang dimasak sehingga mendidih sesuai untuk melegakan batuk juga penawar bagi penyakit cirit-birit apabila diminum dua biji jus limau nipis bersama setengah cawan air.Ia juga baik untuk penyakit tekak dan daging kiri dan kanan tekak dengan cara berkumur di tekak. Juga berguna untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan dengan cara merendamkannya bersama jintan kemudian dimasak beberapa jam. Elok diminum sebelum memakan apa-apa makanan diwaktu pagi.

Jadi seelok-eloknya sehari makanlah sebiji buah kerana ia membantu penghadaman dan juga membantu mengurangkan kolestrol *_*!