Sunday, April 8, 2012

MASAKAN PISANG BERBUAH DUA KALI..?! Ada.. SATU DALAM SEJUTA..

Hujan yang dini hari masih belum berhenti membuat aku terkesima seketika,. Sesekali memandang ke luar jendela membuat aku memuhasabah diri sendiri diwaktu petang,. Tiba-tiba aku mendapat mesej tentang masalah rumahtangga yg sedang dihadapi oleh kawanku.. Dia masih dalam keadaan kalut dibebani dengan suami yang curang ditambah pula tinggal sebumbung dengan mertuanya..

Beberapa kali aku cuba menasihatinya supaya jangan membuat onar di rumah mertuanya, kerna orang tua penerimaan dia lain.. sekali dia dah pandang buruknya kita, walau berkali-kali kita buat baik pun dia tetap akan nampak buruknya kita. Tu sebab saya nasihatkan insan diluar sana walau susah bagaimanapun kita cubalah untuk tinggal berasingan kerna.. pernah dengar perkataan ini? “Tinggal serumah bau busuk, tinggal berjauhan bau wangi..”

Cinta kerana nafsu memang akan mengundang padah tetapi cinta kerana ALLAH masyallah hasilnya amat dinikmati.. sebagai kawan aku cuma boleh mbantu dari segi nasihat dan kata2 semangat kerna cuma tuan punya badan yang tahu apa yang berlaku & apa yang di inginkannya. Hakikatnya manusia ini memang tak pernah puas, jadi jalan terbaik mungkin mngasingkan diri atau berpisah sementara kerna manusia tu akan tersedar apabila dia KEHILANGAN..

Dekat luar negara pakar psikatrik & motivasi mereka dah buat pasangan yang selalu bergaduh diasingkan selama beberapa bulan utk lihat apa yang pasangan tu nak dari hidup berpasangan.. Benarlah kata pepatah “Apa yang ada jarang dimanfaatkan, apa yang tiada sering disebut2..~ perlu di ingat LAYANG2 terbang tinggi dilangit kerna MENENTANG angin, bukannya mengikut arah angin.. **fikir2kanlah**

Hakikatnya semua manusia melakukan kesalahan dan Kesalahan itulah yang membawa kita selangkah kehadapan.. orang yang teragak2 dan sentiasa ragu2 dengan keputusan yg di ambilnya akan selalu ketinggalan di belakang..
Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati..

“JANGAN JADI ORANG YANG LEWAT..!” ~HM Dr Tuah..