Tuesday, December 6, 2011

BAHANGNYA ~OMBAK RINDU~

Kalau x salah aku novel favorite aku ni aku baca mase tahun 2002, x sangka dah hamper 10 tahun novel ni di filemkan gak akhirnya..
Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama izzah yg tinggal bersama bapa saudaranya setelah kematian ibu & bapanya. Disebabkan bapa saudaranya banyak berhutang, lantas dia menjual izzah kepada taukeh kelab malam di ibu kota. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz.

Hariz telah membeli izzah dari taukeh kelab malam itu dengan harga yang tinggi, atas permintaan izzah akhirnya mereka menikah dengan syarat semuanya haruslah di rahsiakan. Hariz menghadiahkan izzah jam tangannya sebagai tanda pernikahan mereka manakala izzah juga menghadiahkan jam tangannya kepada hariz. Setelah hubungan mereka mula berputik sedikit demi sedikit hubungan mereka di uji dengan bermacam² dugaan… Menyelami kisah hidup izzah dan hariz menunjukkan bahawa hidup ini penuh warna warni..Serius! Bagi yg belum tengok ombak rindu tu pergila tengok.. sedih sgt cite tu, tapi bagi yang hati kering mungkin susah nak menangis kot..

REDHA itu IKHLAS..~
PASRAH itu MENYERAH..~

Memandangkan aku ni suka novel jadi aku harap novel CINTA TIADA AKHIRNYA pula dapat di filemkan.. Huhuhuhu Hope so..~

No comments:

Post a Comment