“Berkahwinlah kamu akan perempuan, dimana perempuan boleh mendatangkan harta dan keindahan bagi kamu”…Saidina umar berkata, Rasulullah saw tidak mengaku umat bagi Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin kerna Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia yang ingin berpasangan..
Ramai orang yang takut berkahwin pada masa kini.. kenapa ?? Menurut kajian ramai yang takut untuk memikul tanggungjawab dan kebanyakkannya lebih selesa hidup membujang dari berkahwin kerna hidup membujang penuh kebebasan, xde ape nak fikir, kewangan pun tak risau, nak wat ape pun xde masalah.. betul ke? Dan ramai yang menggunakan alasan “
Pandangan saya cume satu bagi WANITA yg sedang bercinta jika lelaki itu bercinta hanya pandang pada “kecantikan pasangan dan tiada matlamat hidup” sebaiknya tinggalkan saje, kerna kalau dia betul terima anda seadanya dia pasti akan memperbaiki kelemahan anda walau seburuk manepun dan sama-sama menempuh setiap liku2 yang melanda. Wanita walaumacamana kt nmpak dia keras hati sekalipun dia sebenarnye memiliki jiwa yg sangat halus dan lembut bernisbah 1 : 10 berbanding lelaki, tu sebab tugas mengandung & melahirkan anak tidak jatuh kpd kaum adam.. Begitu juga LELAKI, jika wanita itu hanya memandang harta dan kekayaan maka sebaiknya juga tinggalkan saja.. kerna dia pasti akan tinggalkan anda jika anda tiada harta dan jatuh tersungkur suatu hari nanti.
Masa kini dan masa dulu sangat² berbeza, kebanyakan orang dulu² telah berkahwin seawal usia belasan tahun dan mengapa kebanyakannya kehidupan mereka kekal hingga ke akhir hayat.. ?
Cuba kita lihat kelebihan BERKAHWIN…
1) Solat orang yang berkahwin adalah 30 kali lebih baik .
2) Berpuluh² ribu syaitan rebah dan menangis tatkala pasangan mendirikan masjid
3) Doa orang yang berkahwin lebih makbul.
4) Perkahwinan menunjukkan hidup manusia itu telah lengkap sesuai dengan fitrah manusia.
5) Pernikahan merupakan pelindungan paling kuat bagi manusia dari melakukan dosa besar dan maksiat
5) Perkahwinan dapat melapangkan dada dan minda serta mengelakkan jiwa kita dari sepi dan kosong
7) Perkahwinan yang halal dapat mengelak sebarang penyakit berjangkit
8) Ada zuriat dan penyambung warisan
9) Mendapat Doa para nabi dan malaikat serta Rezeki lebih luas & lebih berkat
10) Setiap perbuatan baik orang berkahwin walaupun sekecil zarah adalah 7 kali lebih baik
Jadi mengapa pilih untuk hidup membujang ??? ;)
“LIFE IS TOO SHORT TO SPEND ALONE !”