Sehari bersama keluarga di adakan di Pusat Rekreasi RM-Desaru. Jam 8pagi berkumpul di rumah ayahanda hj kasim dan terus bertolak ke Desaru, Kota Tinggi. sampai di sane terus ke dewan makan utk sarapan pagi beramai2,.
Acara dimulakan dgn bacaan doa oleh Tuan Hj Kasim di iringi dgn ucapan anak2 sempena hari ibu 12 mei nti dan sempena hari jadi mereka² yg menyambutnya di bulan Apr & Mei iaitu Marina 30 April (adik), Nor Afidah 10 Mei (kakak), Norhana 11 mei (saya), Mohd Shah Farhan 6 mei (cucu ayah), Nurul Amirah 8 Mei (cucu ayah)..
Kemudian acara diteruskan dengan permainan kotak beracun yg diringi dengan lagu dan soalan² yg memang racun (haha).. Antara soalan2 nye adalah :
i. Berikan 5 nama bunga yang berwarna purple (gulpss) – soalan ini terkena pd kakak iaitu Nor Afidah, huhu beliau tdk dpt mnjawabnya & di denda dgn menyanyi kan lagu kesukaan ayah.. (60an tuuu!)
ii. Berapa jumlah kereta yang datang pada hari ini dan sebutkan no plat setiap satu. (soalan ditukar kpd apa jenis kenderaan) – Asoi bakal menantu ayah yg terkena soalan ini dan mnjawabnye dgn salah dan di denda dgn menyebut nama ayah dan ibu2 mertua.. ;)
iii. Sebutkan jumlah kehadiran yg datang pd hari ini & sebutkan berapa orang dewasa serta kanak² - nampaknya en kaharudin terkena kali ini & beliau juga tdk dpt mnjwbnye & di denda dgn mencium isteri tercinta.. wiwittt ;)
iv. Nyanyikan salah satu lagu popular kumpulan ziana zain – (zaki husben jun yg terkena kali ni dan tdk dpt mnjwbnye dan atas permintaan ramai juga didenda dgn mencium org yg tersyg iaitu isteri tercinta.. muaxssss!!! ;)
Kemudian acara terakhir pagi itu di teruskan lagi dengan penyampaian hadiah (lucky draw la kononnye) hehe.. di mulakan dgn cucu2 hj kasim (amboii berebut kaw nak amik hadiah!) seterusnya isteri serta anak2, menantu dan juga bakal² menantu..
Seterusnya masing2 lepak di hall sambil berborak2 and makan makanan ringan.Tengahari setelah selesai solat zohor masing2 berkumpul di dewan makan utk makan makanan tengahari wow makanan sedap2 tu ada ketam masak lemak cili padi, udang halia, ulam² & sambal belacan, asam pedas ikan merah, sotong berlada dan beraneka buah-buahan..
Selepas makan apa lagi aktiviti jln2 di tepi pantai la plak,.. and mandi di di swimming pool... yaw! Bestnye tengok diorang pandai berenang tapi saya? Agak trauma melihat air kolam mahupun laut.. huhuhu..
Setelah penat bermandi- manda, petang tu acara barbeque la plak kan, sedap tu ayam panggang dia serapan rempahnye sgt rase dimakan dengan sos black papper nyummy… dan berbagai makanan lain seperti udang & sosej..
Badan pun dah berpeluh dengan bauan asap dengan angin yg sepoi2 bahasa mengadap pantai, then balik ke rumah banglo kami hehee,, mandi bersihkan badan dan berkumpul beramai2 lagi sambiil tengok tv dan minum petang,
Selesai solat maghrib kami pun alas perut malam dan berkumpul bersalam- salaman seisi keluarga mane yg mahu pulang ke kediaman masing-masing.. uwaaa nak berpisah lah pulak.. ;(
Tapi apepun sangat seronok dpt berkumpul beramai2..You all memang suwettt and sporting !
Jumpe lagi pada 02 Julai ~ besday ayahanda tercinta.. muaxxxxxxxxssss !!!
Disediakan oleh : anak ayah no 4 yang paling cumils.. heehee sekian!