Wednesday, April 4, 2012

ISTIKHARAH CINTA KEPERLUAN @ KEHENDAK..??

Ok, kali ini saya ingin menyentuh mengenai ‘’ISTIKHARAH”.. rakan blogger yg dikasihi mesti kalian tahu apa yg di maksudkan dgn istikharah atau paling tdk pun pnh dgr apa yg di maksudkan dgn Solat istikharah..?

Bile kita mnyebut mengenai istiharah adalah memohon pada allah agar diberi petunjuk samada pilihan yg akan kita pilih nanti terbaik utk kt mahupun tidak.. tetapi seandainya kita dah dpt petunjuk dari istikharah yg kt lakukan.. mungkinkah dia yg TERBAIK selamanya..???
Ingat selalu, pilihan yang tepat hasil istikharah itu umpama benih yang baik. Ya, benih yang baik sekalipun memerlukan BAJA, CAHAYA, AIR dan dijaga dari gangguan serangga untuk bertunas, berdaun, berbunga dan akhirnya berbuah. Jadikanlah diri kita suami atau isteri yang umpama tukang kebun yang rajin bekerja di kebun cinta!

Jangan salahkan istikharah kerana itu sama dengan menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan Allah. Apa yang penting, tanamkan di hati, bahawa Istikharah kita telah tepat, cuma setepat manapun pilihan kita hasil petunjuk Allah, kita tetap akan diuji.

Bila kita dengar keadaan di malaysia, rumah tangga ummah ini sedang tergugah. Ertinya, kubu kita yang terakhir sudah ditembusi. Apabila dilaporkan setiap 15 minit berlaku satu perceraian, kita menjadi benar-benar bimbang. Betapa banyak ‘masjid’ yang roboh dalam masa sehari jika setiap 15 minit berlaku satu perceraian? Akan tercapaikah perintah Allah agar “selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api neraka?”. Akan adakah lelaki yang terbaik sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah, maksudnya”dia yang terbaik ialah yang terbaik dengan keluarganya?”

Hurmm … terdapat satu kisah…
Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal.

Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila ‘warna sebenar’ pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang ‘reverse’ ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan.

Ini bukan muhasabah yang sihat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya ‘menggergaji abuk kayu’. Masa yang berlalu tidak akan BERULANG kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan dapat diperbetulkan lagi. Sebaiknya bersangka baiklah kepada Allah… dia suami atau isteri kita itu ialah takdir yang telah termaktub untuk kita. Dia dan kita telah ditakdirkan Allah hidup bersama.

Jangan ada di dalam hati kita rasa menyesal, rasa terlanjur, yang kita telah tersalah pilih. Tidak sekali-kali. Sekalipun pilihan kita tepat, tetapi kita tetap diuji. Maksudnya, istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. Istikharah kita tetap mengundang MUSIBAH… kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti. Hidup dan mati kita adalah untuk di uji. Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya.

Pasrahlah dengan pilihan yang kita telah lakukan lewat ISTIKHARAH. Kata bijak pandai, setiap perkahwinan dibina atas dasar niat, harapan dan impian yang baik namun setiap pasangan suami isteri bertanggung jawab memupuk, membajaai dan menjaga benih kebaikan itu agar tumbuh menjadi pohon yang rendang. Perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berlaku di syurga itupun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan.

Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan…ya itu sekiranya pangkal jalan kita salah. Namun bagaimana jika pangkal jalan kita sudah benar tetapi kita menghadapi masalah di tengah perjalanan? Jawabnya, teruskan perjalanan. Jangan berpatah balik. Namun telitilah satu persatu apa yang kita telah tersalah, belajar daripadanya. Jangan ulangi kesalahan yang sama berulang kali… cukup hanya sekali kerana orang mukmin itu tidak akan terjerumus dalam lubang yang sama dua kali… walahualam…~

** best quote**
You might be married to the WORST man on earth, like Asiah who married Firaun,
but it didn't change her (aqidah).

You might be married to the BEST man on earth, like Nabi Lut's wife,
yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.

You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives "