Thursday, April 18, 2013

**ITS NOT EASY TO BE ME..~


20 Perkara yang anda perlu tahu tentang *HanaMixchi*
  1.        Seorang pencinta & peminat setia bunga MATAHARI !!
  2.        Seorang yang manja dan kelakar
  3.        Seorang yang tegas berpendirian, bertanggungjawab dan AMAT PENYAYANG..
  4.        Suke membaca novel.. (hantu novel merangkap dlm hati ada taman)
  5.        Mudah marah dan mudah juga memaafkan..
  6.        Seorang yang penakut.. (cube tinggalkan dia sorang2 kat opis atau kat rumah, mau lari lintang                                                                                               pukang dibuatnya)
  7.        Agak CUAK dgn kucing
  8.        Tidak memerlukan orang yang sempurna dlm hidupnya kerna dia juga tdk sempurna. (Tidak juga memandang harta kekayaan)
  9.       Takut dgn org yg mulut manis, lebih rela jumpa org yg bole marah dan bergaduh dgnnya (kerna marah itu tanda syg, DAN perbalahan itu buat kt lebih mengenal each other.
  10.     Sentiasa ingin berubah untuk jadi yang lebih baik
  11.     Benci orang yang bermuka-muka, pernah dikecam sbg seorang yg keras hati dan disalah ertikan pengorbanannya.. tapi anak yg keras hati ni lah yang sentiasa berusaha utk membantu adik beradik, ank yg keras hati ni lah yg selamatkan perniagaan ayah masa ayah tunaikan haji dimekah pd 2009, Alhamdulillah disebalik ujian dan musibah yg berlaku didalam hidupnya punya hikmah yg tersendiri dan kini allah tunjukkan jalan, stiap org punya kisah silam dan sampai bile2 pun kt xkn dpt puaskan hati semua org..
  12.    Gile kasut, higheel, sandal, shoes dan sewaktu dgnnya.
  13.   Akan marah orang yg dia syg demi kebaikan bersama
  14.    Suke cium bau ketiak org yg dia syg.. (sehingga kini xde sape yg taw dia suke menyentuh ketiak   ibunya dgn tgn seolah2 terlanggar dan mencium tgn yg tersentuh ktiak tadi) heee
  15.    Pernah putus tunang dan ditinggalkan tanpa sebarang perbincangan
  16.    Seorang yang tabah dan belajar dari pengalaman yg ada.
  17.    Tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa memperbaiki diri
  18.    Obsess dgn kaler PURPLE.. kalau boleh sume barang mesti nak PURPLE. Huh..!
  19.    Tak boleh lihat orang lain susah dan suke utk membantu dan berusaha membantu.
  20.    Amat peka dgn ‘perancangan masa dan kewangan’..
Itulah dia HanaMixchi.. “Kekuranganku adalah KesempurnaanMu..”~

Sunday, March 31, 2013

MY ACCOUNTANT GRADUATION DAY.. ^^

ALHAMDULILLAH yg tak terhingga pada Allah kerana masih memberi aku kesempatan utk menimba ilmu dan memperbaiki hidup..

Bersyukur juga kerana di kurniakan keluarga yang tak henti2 menyokong aku dari belakang,.. Ya allah betullah perancangan allah pasti yg terbaik utk kita kan.. sebenarnye allah dah bagi kita kehidupan ni sama rata, cume bergantung pada usaha kita utk memanfaatkannya..

Hidup ini suatu cabaran, jatuh bangun lagi! gagal cube lagi,.! smpailah waktu di jemput olehnya..
" Jadilah seperti LILIN yang membakar diri "..

Luv All Of You... Muaxxxsssss..... !!

KOREAN FOOD ~ SEOUL GARDEN

Tak Dapat gi Korea, dapat makan makanan korea pun jadiklah,, huu..

Alang-alang orang nak belanje, so pergi jelah lagipun bukannye jauh mane, kat KSL city jek.. suasana dia ok, cantik, tempt dia luas, susunan makanan dia pun ok.



cume citarasa makanannya pada aku biasa jek.. lagi sedap steambot kot...

So kalu nak pergi dalam 39/head. . bolehla kalau nak try...

Sunday, March 3, 2013

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DI TERIMA ALLAH SWT

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
         membencinya.
4.     Orang lelaki yang Melarikan Diri.
5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.     Orang-orang yang suka makan riba’.
10.   Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
         dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”