Saturday, July 24, 2010

DENGGI MELANDA KU~


Stlah dmam sbulan x baik2, gi klinik dokter ckp dmam biasa tapi ht terdetik nak wat check up kat hospital kerajaan..
X ley jadi nie da sminggu aku lnsung x slera mkn..
Salu aku pantang nmpak makanan..
Nie mknan sdp2 pn aku lnsg xle telan..
My mum adlh org yg paling risau..
Then masa tu ari jumaat 16/07/10 my mum pn ajak gi check darah kat
Klinik kerajaan.. aku pn pergi pagi tu..
Pas check darah tu dokter terkejut tgk kputusan darah aku..
“darah awk dah teruk nie! Dah tau dmam sminggu xbaik2 npe xtrus gi klinik??? Awk kne kuarantin nie,. Jap lagi ade ambulan akn bw awk gi hospital besar… huhhh!! Masa tu mcm nk terkeluar jntung aku bila dga.. scare x sgaja air mata aku meleleh.. (biasela naluri pompan kan). Ambulan pn trus bawa aku naik trus ke hospital besar, spnjg jln ambulan tu berbunyi,.. huh bising tol,. Aku da la ngh sedih ni..
Sampi je hospital aku di masukkn ke wad kcemasan,. Hampir 4jam gak aku ka twat kcemasan, bru aku d pindahkn ke wad biase, hari pertama aku kat wad, seluruh badan aku da naik bintik2 merah.. yg paling aku xtahan dua2 tgn aku nie kna masuk air, pedihnya x terkata, lagi2 ada nurse pelatih tu ms mule2 nk cucuk jarum yg tebal tu tuk masukkn air ley tersalah urat lak, habes menitik2 darh aku kat cadar katil tu aku tgk pn da x larat nk mnjerit, cume mngalirkn air mt jek,. Ptg tu aku rs tknnan sgt dok kat hospital tu mne xnye, denggi kan xde ubat, dia cume soh bnykkn minum air utk merawat.. ada pun ubat tahan sakit jek,. Biasela law da minum bnyk air ni mstilah nk terkucil je kjenya,. Da la aku sowang2, fmily aku x teman aku tido sne, so stiap kali ke toilet aku terpkse menggendong botol air tu da la bisa gile tgn aku stiap kali bw, jarum kat urat tu terentak2 smpai darah pn kua bnyk kat air tu.. ya allah ya tuhanku… aku dah x berdaya lagi,.. da la tu stiap 2 jam skali dokter asyik amik darah aku, sampai kul 1 pagi, 3 pagi, 5pagi pn dtg amik drh.. aku rs lebih 30kali dia asyik amik drh sampai dah bengkak2 tgn aku, biru lebam da x bdaya lg,.. esoknya stiap kali dokter dtg nk check drh msti aku mryu nk balik,. Dokter sy nk balik,.. ada sowg dokte tu ckp, xbole syg, drh awk truk ni awk denggi berdarah,. Sminggu pn lum tentu ley kua, ptg tu aku x puts asa aku tny lagi 2,3 org dokter,.. aku nk lik jg,. Smpai ada sowg dokter tu ckp “mcmane bagi kamu balik??? Darah kamu da teruk ni dari 38, naik 46, naik 50 kalau smpai 60 sy takut awk jalan!.. alamak skali aku da kne tibai r..
Ptg tu aku d pndahkn ke wad 8A, peghhh lg aku seram gile.. ptg tu ok la ade 2,3 org sebelah aku, yg 2 org tu sakit jntung, n sowg lg kncing manis.. tapi tiga2 tu da nk kua ptg tu.. gile bapak habis tinggallah aku sowg kat wad tu.. sbelah sne adela tp laki.. ya allah ujian mu sgguh hebat.. da la mlm ni xde spe teman aku.. aku da cam nk nges da.. esoknya pagi2 aku mtk nurse cabutkan saluran air botol dr tgn aku utk mndi, so tgl jarum jela kat tgn aku yg ditutup ng getah pnutup,. Stiap kali dokter wat check up aku ckp aku da sihat.. hmm dokter tny, “ada pening? Xde.. ade rs nk muntah? Xde.. smuanya aku bilang xde, n aku trus mnyapa dokter ley sy balik,.? Hmm seraya dokter mnjawab.. blum bole lg, trima kasih! Pehhh… aku xpts asa, aku trus btnya lagi smpai dokter tu bosan.. akhirnya berkat doa aku n ibu bp aku ptg tu aku di benarkan klua.. ya allah gembiranya hny tuhan yg taw,. Tgan da bebas dr botol air,. Tido kat mah da ley kuak lentang,.. uwawawawa terharunya… petang tu lak tunang aku ng kuage nya nk dtg mlwat,. So dowg xjd dtg hospital, dowg cume mlawat kat mah je la.. inilah tarikh aku di masukkan ke hospital
16/17/18 july 2010.. sayonara 2010..~

Tuesday, July 6, 2010

ANDAINYA AKU SEORANG NOVELIST..??

Aku tak tahu memang sedari kecil aku cinta terhadap penulisan.. dan aku mmg lebih suke berkhayal, angan2 dengan membace novel yg kadang2 boleh mbawa aku ke alam maya… ceh….. apatah lagi novel2 yg menarik…

Dan yg paling teruk lagi kalau aku bercinta aku suke memberi surat2 atau kad2 cinta.. ish! Malanglah sape dapat aku.. esok nak tido pun mesti nak berpuitis dulu..! ;p
Tapi pada yg tau menghargai terima kasih diucapkan… tak spt sesetengah org tu dah bagi kad cinta dahlah tak ucapkan “terima kasih” malah boleh membohong ckp belum bace lagi.. bkn sekali aku terkena da bnyk kali dgn sikp ........... dia… tqvm!…..huuhu..

Dah hampir siap novel yg aku coretkan tu.. dan alhamdulilah ade yg sudi utk terbitkan novel aku yg pertama tu… huhu.. dan mungkinkah disitu bermulanya perjalanan aku sbg seorang novelist… auchhhhhh…! Sape bilang angan2 tak bisa jadi kenyataan..?
Dan sape bilang hana mixchi x bisa jadi seorang penulis… (..ye la tu hana..)
Tak lengkap pena tanpa kertas…

Dulu mase aku menganggur, yg mnjadi teman setia aku adalah mata pena dan kertas,. Itulah tmpt aku meluahkan perasaan…

Monday, May 3, 2010

"TIPS HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH"


Bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh?

Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu :)
Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.

1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.
Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.

Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya :) )

2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).

Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.

3) Beri kejutan kepada pasangan anda
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.

Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya :) )

Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.

Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta ringkas pada posting kali ini.

Ingat, jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.

Semoga Berjaya.

Sunday, April 18, 2010

MATAHARI KU..




MATAHARI
Kelopakmu yg kuning keemasan berkilau2 memancar cahaya
Menjadikan diri tenang dan nyaman apabila melihatmu..
MATAHARI
Menjadi semangat utk aku di kala pagi,
Semangat utk aku terus berusaha..
Semoga aku dapat membantu orang yg memerlukan 1 hari nanti..
Andai kata esok duniaku sepi tanpa sesiapa di cc
Selain ALLAH,
moga bunga matahari la yg menjadi teman setiaku walau dimana aku berada..
Begitu indah flora & fauna ciptaanmu ya ALLAH..
MATAHARI.. teruslah menyinari hidupku…