Monday, February 4, 2013

LAGUKU UNTUKMU

"Cinta yang telah mati.. Akan Tetap Hidup"~Mohabbatein~
"..Hargailah insan di sekelilingmu agar dirimu juga turut di hargai..”

Jemari kesat ke pipi

Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita

Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon kau

Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

Friday, February 1, 2013

ANOTHER 1 WEEK TO GO, BYE2 MALAYSIA! ;)

Aiyoo.. skrg dah mood holiday woo… mau bercuti release kan minda.. yahoooooooooo….! “Jauh Perjalanan Luas Permandangan” jom kita pergi cuti2 bangkok..

Heee… khamis ni dah makan besar, jumaat hafday n sabtu cutiii… pastu kita ke Bangkok..! Ya allah mohon dipermudahkan urusan sepanjang dinegara orang, dan moga selamat perjalanan pergi dan pulang..
Dikesempatan ini juga sy nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuai Le 2013 ! Tahun ni tahun ular kan.. mengikut perhitungan Feng Shui Kaum Cina tahun ni merupakan tahun ‘Money” kewangan.. terdapat 3 tarikh fengshui ‘istimewa’ pada tahun ini iaitu :-
03.01.13
01.03.13
03.03.13
Dan cuba anda tambahkan umur anda sekarang dgn tahun lahir anda skrg contohnya : 86+27 = 113 kan?
Jadi mungkinkah tahun 2013 merupakan tahun istimewa bagi anda ?? hehee.. Apepun selamat bercuti.. ^^,

Thursday, January 24, 2013

OWH MAN.. I MISS MY CHILDHOOD !

"HIDUP tak selalunya Indah, tapi yg Indah tetap HIDUP di dalam kenangan"

Belek2 album kat rumah nenek di kulai ternampak pulak gambo kami adik beradik masa kecik2, masyaallah rindunye zaman kanak2...........
Kak Long, Kak Ngah, Abg, Uda, Jun, Rina, Boboi, Adik, rindu tak zaman kanak2 kita dulu?? zaman curik kapur kat sekolah, mandi hujan kat depan rumah, main ting-ting kat rumah tancik, curik bunga kat rumah apek tepi kedai pak abu... rindu kan.. kan...
Masa tu dah lah hidup tengah susah, ayah pulak keje kerajaan (bape sen sgtla keje kerajaan mase tu) adik beradik pulak ramai ditambah mak pulak tak keje... memang lagi mencabarlah hidup mase tu..
Tapi kalau kita takde pengalaman lalui kisah tu, hidup mesti tak indah.. takdelah kisah mencabar kita nak ceritakan pada anak cucu keturunan kita nanti.. tapi budak sekarang 'Lemak' tak macam kita dulu, zaman kita dulu pun paling mewah mungkin main congkak, gasing selain ting2 dan main guli.. tapi budak sekarang kenal lagi ke permainan tu? paling tidak pun dalam genggaman dorang sekarang i phone, blackberry, i pad, PS3, X-box macam2 lagi lah.. huu

Mengimbau zaman kanak2 membawa saya terkenang bahawa kehidupan ni penuh warna warni kan.. kdg2 kita mintak ketenangan tp sengaja allah memberikan keadaan bahaya utk kita lalui agar kita terus kuat hadapi rintangan. betul kata2 ni..

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa..

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA.

Wednesday, January 23, 2013

UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI !

“Mak..! Kiah tak nak kawen ngan abg zazali mak.. kiah cintakan abg Meon!.. Kiah nak kawen ngan abg Meon mak! Cinta kiah bkn kerna harta mak.. kiah cintakan abg meon setulus hati..!

(Fuhhh… aku ingatkan kisah2 mcm ni cume berlaku dalam novel jek, paling tidak pun dalam drama.) tapi…. Tak sangka ia berlaku pada batang idung aku sendiri.. huu.. kdg aku rase mcm lemah sgt nak teruskan hidup.. tapi allah benci orang yang berputus asa. Cume ayat ni yang salu aku terapkan agar aku tak hanyut dalam kelemahan aku sendiri iaitu “ALLAH know the best”..

Patutkah aku berkawen dgn org yang aku tak cinta? Atau perasaan cinta tu akan hadir setelah berkahwin.. adakah turapan “Bercinta selepas nikah”boleh diguna pakai lagi pada masa kini.. hurmm …. Kdg puas aku menangis.. tapi mungkin allah nak aku belajar tentang erti ‘kehidupan’.

Hurmm boleh ke aku terima ‘dia’ dlm hidup aku,. Hurmm kalu tak bulan 12 haritu lagi dah berdengung ‘kelopak kelopak gibing gibing’ kat dpn rumah aku, tp nasib baik aku bg alasan aku nak habiskan exam dulu. Kebetulan masa tu aku tgh bz kerje n bz utk study final accounting.. hurmm mcmana ni.. aku ckp dgn ‘dia’ aku mintak tangguh majlis at least sbelum bulan 5 tahun ni..hurmm ya allah aku mohon kekuatan dan kasih sygmu ya allah.. utk aku teruskan hidup ini..

Actually family aku bknlah mcm cite P.Ramlee dolu-dolu.. “Siapa dia Kasim Selamat??” Majistret? Loyer?? … “Ahli Muzik mak’… huh pantang nenek moyang aku ahli muzik !..

Hee.. actually fmily aku tak pernah memilih pun ape jenis menantunya, baik ke buruk ke, kaya ke miskin ke, dia tak pernah memilih pasal tu pilihan anak2 dia ikut jek,. Tapi mungkin dia taknak tgok anknya sendirian.. mungkin dorang nak jg tgok aku bahagia sbelum mereka menutup mata.. aku paham esok aku akan berdiri dimana tempat mak dan ayah aku berdiri sekarang.. sume ibu bapa nak kan yg terbaik utk anak masing2..

Hurmphh….. Hai lah Labu….!