Saturday, September 15, 2012

:: 10 PETANDA DIA JODOH KITA ::

1. BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.TERIMA KITA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. SENTIASA JUJUR
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. PERCAYA MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. SENANG BEKERJASAMA
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. MEMAHAMI DIRI KITA
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigitâ€, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. TAMPILKAN KELEMAHAN
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. KATA HATI
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKAL
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.

Friday, September 14, 2012

KELEBIHAN BERKAHWIN DARI HIDUP SENDIRI..

“Berkahwinlah kamu akan perempuan, dimana perempuan boleh mendatangkan harta dan keindahan bagi kamu”
…Saidina umar berkata, Rasulullah saw tidak mengaku umat bagi Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin kerna Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia yang ingin berpasangan..

Ramai orang yang takut berkahwin pada masa kini.. kenapa ?? Menurut kajian ramai yang takut untuk memikul tanggungjawab dan kebanyakkannya lebih selesa hidup membujang dari berkahwin kerna hidup membujang penuh kebebasan, xde ape nak fikir, kewangan pun tak risau, nak wat ape pun xde masalah.. betul ke? Dan ramai yang menggunakan alasan “tidak serasi” sebagai tanda tidak mahu berkahwin.. bagi saya dimana ada tanggungjawab dan kemahuan segala kerja menjadi. Tanpa tanggungjawab dan peranan segalanya boleh musnah..

Pandangan saya cume satu bagi WANITA yg sedang bercinta jika lelaki itu bercinta hanya pandang pada “kecantikan pasangan dan tiada matlamat hidup” sebaiknya tinggalkan saje, kerna kalau dia betul terima anda seadanya dia pasti akan memperbaiki kelemahan anda walau seburuk manepun dan sama-sama menempuh setiap liku2 yang melanda. Wanita walaumacamana kt nmpak dia keras hati sekalipun dia sebenarnye memiliki jiwa yg sangat halus dan lembut bernisbah 1 : 10 berbanding lelaki, tu sebab tugas mengandung & melahirkan anak tidak jatuh kpd kaum adam.. Begitu juga LELAKI, jika wanita itu hanya memandang harta dan kekayaan maka sebaiknya juga tinggalkan saja.. kerna dia pasti akan tinggalkan anda jika anda tiada harta dan jatuh tersungkur suatu hari nanti.
Masa kini dan masa dulu sangat² berbeza, kebanyakan orang dulu² telah berkahwin seawal usia belasan tahun dan mengapa kebanyakannya kehidupan mereka kekal hingga ke akhir hayat.. ?

Cuba kita lihat kelebihan BERKAHWIN…
1) Solat orang yang berkahwin adalah 30 kali lebih baik .
2) Berpuluh² ribu syaitan rebah dan menangis tatkala pasangan mendirikan masjid
3) Doa orang yang berkahwin lebih makbul.
4) Perkahwinan menunjukkan hidup manusia itu telah lengkap sesuai dengan fitrah manusia.
5) Pernikahan merupakan pelindungan paling kuat bagi manusia dari melakukan dosa besar dan maksiat
5) Perkahwinan dapat melapangkan dada dan minda serta mengelakkan jiwa kita dari sepi dan kosong
7) Perkahwinan yang halal dapat mengelak sebarang penyakit berjangkit
8) Ada zuriat dan penyambung warisan
9) Mendapat Doa para nabi dan malaikat serta Rezeki lebih luas & lebih berkat
10) Setiap perbuatan baik orang berkahwin walaupun sekecil zarah adalah 7 kali lebih baik

Jadi mengapa pilih untuk hidup membujang ??? ;)
“LIFE IS TOO SHORT TO SPEND ALONE !”

Tuesday, September 4, 2012

DATANG DAN PERGI…

Dalam kita bergembira terkadang kita alpa, banyak lagi insan² lain yg bernasib malang dan ditimpa musibah malah lebih teruk lagi dari kita. Kenapa kita perlu bersedih dgn ujian allah yg terkadang hanya sedikit buat kita..

Seperti yang allah janjikan, tiada laut yg tidak bergelora, tiada bumi yg tidak ditimpa hujan. Setiap manusia pasti mempunyai masalah yg tersendiri.. terkadang ada org cakap.. “alaaa org yg Nampak heppy tu sebenarnye tengah bersedih”, memang x dpt dinafikan org yg happy tu x smestinya dia x dirundung duka, tp dia pernah fikir tak? Yang dikata tu juga menggambarkan diri sendiri..

Aku bukan lahir dari keluarga yg senang, malah aku juga spt insan lain yg jg ditimpa masalah.. Tolong jgn beri kesakitan tu pada akk aku lg, aku x mampu utk melihatnye menderita lg.. biar penderitaan tu dipindahkan kpd aku.. kalau aku terpilih utk hidup menderita di dunia ini aku redha ya allah tp tolong lindungi ibu bapa dan adik beradikku dari penderitaan ini ya allah..
Harapan aku cume satu, selagi allah pinjamkan nikmat kesihatan dan akal fikiran ini aku cuma mahu lakukan yang terbaik sebagai anak, sebagai adik, sebagai hamba Allah...dan harapan terbesar aku semestinya untuk mencintai seorang yang akan melengkapi hidup aku nti iaitu seorang suami....oleh itu, aku sedang berusaha meletakkan cintaku ke jalanNya... ;)

Orang yg jujur itu ada 3 tandanya: Merahsiakan IBADAHnya, Merahsiakan SEDEKAHnya, Merahsiakan UJIAN yang menimpanya .

Monday, September 3, 2012

PINK SUNFLOWER, CAN I HAVE IT.. ?!

Masyallah teruja aku melihat alam kejadian allah ini.. sungguh indah dan menakjubkan.. mata dan telinga aku agak ‘alert’ ckit kalu melihat atau mendengar tentang bunga matahari.. x taw nape memang ‘hana Mixchi dan bunga matahari’ ibarat ‘irama dan lagu’ tak dapat dipisahkan.. ;)

Meremang bulu roma aku tika sedang asyik menonton sebuah cerekarama di tv3 lalu aku terlihat di atas meja makannye terdapat bunga matahari bewarna merah jambu..! masyallah cantiknye..! mane aku nk dapat..?? hurmmphh kdg2 tu time jalan2 shoping, ade juga aku survey2 kedai bunga tp x de lak tu.. haishhh!
Bunga matahari yg selalu kt lihat kuning kejinggaankn warnanya… hurmpph.. xpe2… 1 day saya pasti dapat melihat dan bermain2 dgn kelopak bunga nye.. how suweeetttttt !!