Wednesday, April 4, 2012

ISTIKHARAH CINTA KEPERLUAN @ KEHENDAK..??

Ok, kali ini saya ingin menyentuh mengenai ‘’ISTIKHARAH”.. rakan blogger yg dikasihi mesti kalian tahu apa yg di maksudkan dgn istikharah atau paling tdk pun pnh dgr apa yg di maksudkan dgn Solat istikharah..?

Bile kita mnyebut mengenai istiharah adalah memohon pada allah agar diberi petunjuk samada pilihan yg akan kita pilih nanti terbaik utk kt mahupun tidak.. tetapi seandainya kita dah dpt petunjuk dari istikharah yg kt lakukan.. mungkinkah dia yg TERBAIK selamanya..???
Ingat selalu, pilihan yang tepat hasil istikharah itu umpama benih yang baik. Ya, benih yang baik sekalipun memerlukan BAJA, CAHAYA, AIR dan dijaga dari gangguan serangga untuk bertunas, berdaun, berbunga dan akhirnya berbuah. Jadikanlah diri kita suami atau isteri yang umpama tukang kebun yang rajin bekerja di kebun cinta!

Jangan salahkan istikharah kerana itu sama dengan menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan Allah. Apa yang penting, tanamkan di hati, bahawa Istikharah kita telah tepat, cuma setepat manapun pilihan kita hasil petunjuk Allah, kita tetap akan diuji.

Bila kita dengar keadaan di malaysia, rumah tangga ummah ini sedang tergugah. Ertinya, kubu kita yang terakhir sudah ditembusi. Apabila dilaporkan setiap 15 minit berlaku satu perceraian, kita menjadi benar-benar bimbang. Betapa banyak ‘masjid’ yang roboh dalam masa sehari jika setiap 15 minit berlaku satu perceraian? Akan tercapaikah perintah Allah agar “selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api neraka?”. Akan adakah lelaki yang terbaik sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah, maksudnya”dia yang terbaik ialah yang terbaik dengan keluarganya?”

Hurmm … terdapat satu kisah…
Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal.

Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila ‘warna sebenar’ pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang ‘reverse’ ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan.

Ini bukan muhasabah yang sihat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya ‘menggergaji abuk kayu’. Masa yang berlalu tidak akan BERULANG kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan dapat diperbetulkan lagi. Sebaiknya bersangka baiklah kepada Allah… dia suami atau isteri kita itu ialah takdir yang telah termaktub untuk kita. Dia dan kita telah ditakdirkan Allah hidup bersama.

Jangan ada di dalam hati kita rasa menyesal, rasa terlanjur, yang kita telah tersalah pilih. Tidak sekali-kali. Sekalipun pilihan kita tepat, tetapi kita tetap diuji. Maksudnya, istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. Istikharah kita tetap mengundang MUSIBAH… kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti. Hidup dan mati kita adalah untuk di uji. Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya.

Pasrahlah dengan pilihan yang kita telah lakukan lewat ISTIKHARAH. Kata bijak pandai, setiap perkahwinan dibina atas dasar niat, harapan dan impian yang baik namun setiap pasangan suami isteri bertanggung jawab memupuk, membajaai dan menjaga benih kebaikan itu agar tumbuh menjadi pohon yang rendang. Perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berlaku di syurga itupun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan.

Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan…ya itu sekiranya pangkal jalan kita salah. Namun bagaimana jika pangkal jalan kita sudah benar tetapi kita menghadapi masalah di tengah perjalanan? Jawabnya, teruskan perjalanan. Jangan berpatah balik. Namun telitilah satu persatu apa yang kita telah tersalah, belajar daripadanya. Jangan ulangi kesalahan yang sama berulang kali… cukup hanya sekali kerana orang mukmin itu tidak akan terjerumus dalam lubang yang sama dua kali… walahualam…~

** best quote**
You might be married to the WORST man on earth, like Asiah who married Firaun,
but it didn't change her (aqidah).

You might be married to the BEST man on earth, like Nabi Lut's wife,
yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.

You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives "

Tuesday, April 3, 2012

HANA MIXCHI KEMBALI BERCERITERA..

Agak lame sy x meng’update’ blog luahan hati sy ini, mungkin kerana kesuntukan waktu.. Tidak pasti samada yg mnyedari ketiadaan sy dan juga x pasti samada ada dikalangan kalian yg merindui ketiadaan sy.. (sy perasan?? hidup kena perasan, x perasan x normal) ^_^ hehe…

Apa yg pasti doaku sentiasa ada bsama kalian.. Hurmm x bnyk pkmbangan yg blaku sejak akhir2 ini.. cume sy ingin berkongsi serba sedikit al-kisah “KEHEBATAN WANITA” sempena hari wanita sedunia baru² ni..

Macam sy, sy tak boleh utk mnjadi wanita yg lembut dan yg boleh sy lakukan adalah mjadi diri sendiri yg unik, buruk ke baik ke diri sy, as I say “I AM WHO I AM”.. kerna mnusia itu tdk sempurna lah yg mnjadikan manusia itu unik.. yg akn dirindui apabila tiada .. apatah lagi apabila hayatku dah tiada di dunia ini.. pasti kalian akn merindui tangis tawa sy kan…??

Pnh dengar lagu sumayah?? (“tangan yg di sangka lembut menghayun buaian, MENGGONCANG DUNIA mencipta sejarah..”)~ dan pernah dengar bagaimana ganasnye tentera cina yg terdiri dari ribuan askar lelaki mempertahankn tembok itu dari diceroboh,.. akhirnya tembok besar cina itu di buka sendiri oleh ketua tentera cina itu yg ganas yg pnh mbunuh ratusan orang tetapi kalah hanya kerna SENTUHAN WANITA..~ .Mengikut kajian juga tubuh manusia hanya mampu menahan sbnyk 47del kesakitan, tetapi wanita yg melahirkan anak mampu menahan sehingga 57 del ksakitan.. MASYAALLAH hebatkan wanita??

Tetapi bagi sy lelaki perlu bersifat tegas & ada sesekali garang dan berpendirian kerna ia secara x lansung menjadikan wanita yg berdamping dengannya kelihatan lembut wlaupun hakikatnya dunia luar tdk nmpak.. Bagi saya lelaki yg hebat adalah lelaki yg mampu mengalirkan air mata melihat isterinya melahirkan zuriat bsama..**touching**

Bile sy bercerita mngenai kehebatan wanita itu tdk bmaksud lelaki tidak hebat. Tetapi pnh ke kita dgar lelaki tdk hebat? Hebat itu biasenya sinonim dgn lelaki bkn? Jadi pandangan sy, perempuan tdk perlu tunjuk ego yg tinggi meninggi diri kerana ego, cukup dgn sentuhan dpt mlemahkn kejantanan lelaki? Am I rite? Ok lah kt stop di sini takut ade yg mngandaikan yg bkn2 mngenai penulisan sy pd kali ini..

Apepun Hebatkan sentuhan wanita..?! ^_^

Friday, February 10, 2012

CUTI² CNY


23-25Jan 2012.. Alhamdullilah di kesempatan ini kami dpt bkumpul bsama kluarga menikmati hari cuti bsama.. huhu... iaitu ke destinasi yg sy ingin pergi tralalala... Genting Highlands.. bg yg dah slalu pergi tu mmg dah biase kan... tp bg org mcm sy, perasaan begitu teruja... Alhamdulillah sy dpt jua jejakkn kaki ketaman tema genting.. wuhuuu...~
sebelum ke genting kami singgah bjalan2 dan bermalam di kl.. huhu.. ape lagi kami pun round Menara Kl, KLCC dan petaling street... yehuu...~



Friday, January 6, 2012

SALAM 2012..~

Di saat aku mohon kepada Allah keBERANIAN Dia beri aku keadaan bahaya untuk aku harungi

Di saat aku mohon kepada allah PELANGI Dia beri aku hujan & panas

Di saat aku mohon kpd Allah KASIH SAYANG Dia beri aku insan² bermasalah untuk aku tolong

Di saat aku mohon kepada Allah KEKUATAN Dia beri aku lurah dan cubaan utk aku tempuh

Kini baru aku mengerti, aku tak selalu dapat apa yang aku MAHU tetapi aku selalu mendapat apa yang aku PERLUkan.. Indahnya dunia ciptaan mu ya Rahman ya Rahim..~♥

Hari berganti hari tahun bersilih ganti, menjadikan usia kita semakin meningkat. Alhamdulilah tahun 2012 aku masih berpeluang melihat indahnya alam semesta ciptaan tuhan serta melalui hari2 sebagai seorang insan di bumi allah. Seberapa lama kita hidup adalah tidak mustahak tetapi yang lebih penting adalah bagaimana keadaan kita semasa hidup..

semoga apa yg kita kongsikan sedikit sebanyak mendatangkan kebaikan dlm hidup kita. kerna yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yg buruk itu datangnya dari diri kita sendiri..