Hmmm korang pnh dengar x nama cikgu shida… aku rase satu Malaysia dah mengenali beliau..
Dia ade care tersendiri utk memotivasi pelajar serta anak didiknya.. apatah lagi dia selesa dgn tugasnya sebagai seorang pendidik… mungkin itulah cara dia utk memberi peransang kpd generasi pelapis utk menguasai ilmu, tidak ade segan silu utk berkomunikasi & berinteraksi…
Dia pun ade cara tersendiri utk menarik minat studentnya utk menguasai bahase inggeris… yela memandangkan beliau cikgu bhs inggeris so beliau naklah ank didiknya berjaya kan.. pnh beliau ckp “kalau rase malu nak belajar tgok video teacher… mcm kebiasaan la beliau pun seorang manusia yg tak smpurna yg punye perasaan malu,marah, benci,suka duka tangis dan tawa… dalam hidup ni x semua apa yg kt buat org boleh terima… banyak juga yg membenci cikgu shida tak kurang juga yg mencaci beliau.. tapi apapun yg berlaku tak pnh mematahkan semangat beliau.. perjuangan tetap diteruskan… sebab beliau tak kisah yg membenci beliau tak kenal beliau mengapa perlu membenci..?
Malah sekarang ni bukan saje satu Malaysia dah kenal beliau malah seluruh rantau asia malah dunia juga ade melihat video beliau, dan video beliau juga sering menjadi ranking utama video paling digemari.. malah beliau bertambah glamour lagi dgn menjadi sering mjadi undangan di corong2 radio, x kurang juga di televisyen.. dan beliau juga ada di undang oleh artis no satu Malaysia iaitu Dato siti nur haliza dalam rancangan yg di kendalikan oleh dato selaku pengacara di saluran astro.
Syabas cikgu shida.. saya bangga dengan anda..!
Bagi yg MEMBENCI saya, ambilah kt2 sy sbg motivasi & cabaran utk berjaya, saya SAYANGkan masa depan anda…!
Thursday, July 7, 2011
Wednesday, July 6, 2011
JANA EKONOMI LEBIH BIJAK…!
Biaselah kalau kita bergaul satu ofis kita duduk dibawah satu komuniti kelompok yg besar, yg kita akan jumpe pelbagai jenis ragam manusia… kebanyakkan barang yg dorang pakai sume branded”.. aku? Jenama perfume pun Avon yg RM20.. tak macam dorang yg harga mencecah ratusan ringgit ditambah pulak dgn sua jeans yg berjenama,.. hari tu aku mengenakan dress labuh parat lutut berkaler purple(my favorite) so dorang pun tanye, cantik la bju nie, (bkn puji aku pun) hana beli kat mane ni berape ringgit? Tanpa segan silu aku menjawab.. hana beli kat pasar malam jek harga dia RM20 tu pun hana minta tawar dapatla RM18..
Ditambah pulak dengan segelintir dorang yg gile barangan ape tu Buaya? atau bhs komersil nya “crocodile”.. aku nak beli jename buaya tak mpu.. so aku beli jenama cap ayam jek lah…
Dan banyak juga yg bertanye,. Hana hp tu salu rosak bile nak tukar baru…? aduyai.. sebenanye aku sayang nak tukar hp baru, nilah satu2 hp mahal yg pnh aku miliki sepanjang hidup aku.. aku beli tahun 2007. dah dekat 5taon aku pkai, aku tgok kawan2 aku yg lain dah 5,6 kali da tkr hp.. hp ni kalau bole aku nak pakai sampai ank aku yg ke-8..!
Dulu sebenarnye pun aku belum nak beli kete, aku beli kete pun pasal aku dah serik naik bas ke tempat keje.. mcm2 penderitaan yg aku tempoh.. dikejar anjing lain,peragut & bangla yg nak ngurat pun ade.. tu yg salah satunye aku beli kete.. tu pun dlu sbenanye aku nak beli kancil jek or kete yg kecik2 pasal aku x ley bawa kete panjang (seram beb).. tapi memandangkan bapak aku da pakai kancil xkan la aku kedekut sgt, so utk keselesaan fmily, aku pn belilah myvi.. stelah kenari aku lupus dek angan2 silam.. ishhhhhh….!!! Tu pun aku xsuke buat loan yg lame, ngeri beb takut mati nti kesian lak pade pewaris yg nak tanggungnye nti..
Pada hakikatnya aku seorang yg simple, dan aku sukar utk make over ke tempat keje apatah lagi ditambah dengan eye shadow, pemerah pipi, yg paling ketara tu alat pembesar mata celak, eye liner.. aduhhh yg membuatkan aku rimas. cukup sekadar mengenakan johson2 n johson 2 in 1 sudah memadai.., kelihatan lebih ayu, berdandan dan mengenali bulu mate palsu sume tu aku belajar apabila aku bertunang, pasal tunang aku tu cerewet sikit orgnye, dia suke kpd kecantikan, kua ngan dia pun biase dia nak aku pakai dress aduhhh yg membuatkan aku rimas.. tapi nak taknak terpakse la ikut..
Bile aku bertunang ni la yg membuatkan aku dah mengenali erti dress up.. aiyoo… sampai adik beradik aku yg lain pun perasan… lebih2 lagi adik aku yg no 5 tu yg aku panggil june… suke menyakat aku “wah tatak sekarang ni dah pandai bergaya… pada hakikatnya aku lebih selesa berseluar jeans, t-shirt & sandle serta tudung yg ringkas itu sudah memadai…! Psal sume adik beradik aku pun taw mase aku remaje aku agak kasar perwatakan aku, atau lebih dinilai sbg “tomboy”. Jgn haraplah aku nak pakai tumit tinggi yg aku lebih selesa mgenakan kasut, apatah lg handbag..baju kurung setaon sekali pun susah.
Yg paling aku takut sekali ialah bile aku akan naik pelamin nanti… hmmm ble tak aku kasi taw mak andam tu …”sy nak menggayakan jeans & t-shirt saje.. n lagi satu tolong jgn make up muke saya tebal2 bole x? saya rimassssss…..!
Tuesday, July 5, 2011
MAJLIS CUKUR JAMBUL & BIRTHDAY AYAH
Bila ade kenduri kesyukuran macam ni yg seronoknye kita adik beradik dapat berkumpul beramai-ramai yg jauh2 pun dapat berkumpul semula.. ye lah kalau tak nak kena tunggu hari raya..
Malam tu Lisa tersenyum anggun mengayakan baju ala2 princess yg adik aku belikan… dia susah utk menangis, dan yg seronoknya time org berselawat dan memotong sedikit rambutnya dia hanya terdiam saje.. Comel ditambah pula dgn badannye yg bam bam… seronok tika mendukung dan memeluknya…
Dan… selesai saje majlis cukur jambul, seperti biase kami berkumpul beramai2 diruang tamu depan dgn permulaan bacaan doa dan sedikit ucapan oleh ayah aku… sperti taun2 sudah, kami pasti menyambut hari ulang tahun ayah aku satu famly beserta dgn family yg satu lagi…aku salu berdoa semoga hubungan ini bertambah mesra..
Di iringi dengan ucapan para isteri serta anak-anak tercinta.. antara salah satu ucapan iaitu ibuku yg kedua.. “dia berharap hubungan kita anak beranak takkan pernah putus dan kalau ade ape2 masalah kita dapat berbincang bersama2 dan lalui susah senang bersama2.. aku takkan pnh lupekan pesanan semua org tuaku.. dan aku tahu impian mak ayahku nak lihat aku mendirikan rumah tangga sebelum mereka menutup mata… aku sedih kerana belum dpt tunaikan impian mereka.. namun doa restu mereka yg aku harapkan…
Lupe pula aku yg malam tu nenek aku juga ada.. iaitu zaitun bt. Abdullah.. aku sayangkan dia sgt2.. dan dia juga impikan benda yg same seperti org tuaku..
Saturday, July 2, 2011
OHOHO~ ... SOTO AYAM~
Salu law mak aku soh bagi cadangan nak masak apa if ade tamu nak datang, aku akan cadangkan soh wat mihun soto… bak kata org “sambil menyelam minum air”,. haha aku pun tumpang makan sekali…
Memandangkan aku suke makanan nie. So aku kna la pandai masak kan… bak kate pepatah ape gune jadi org pompan law xpandai masak… hehe jom kt kongsi resipi ni same2 yek…
SOTO AYAM
Bahan-bahan ( 12 orang )
• 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
• 2 ekor ayam, dibelah empat>>Yg ni kita goreng dulu lepas tu
siat2kan isinyer tulangnyer baru lah dimasukkan dlm kuah sup
nanti :D
• 3 - 4 liter air
• 1 cawan santan pekat
• 1/2 cawan serbuk ketumbar
• 2 sudu teh serbuk jintan halus
• 2 sudu teh serbuk lada putih
• 3 batang serai, dititik
• lengkuas sebesar ibu jari, dititik
• 1 batang kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 4 biji buah pelaga
• 5 tangkai bunga cengkih
• garam secukup rasa
• 1 cawan minyak untuk menumis
• Bahan untuk Dikisar
• 3 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 inci kunyit hidup
• Bahan untuk Sambal Kicap
• 5 batang lada merah
• 20 biji lada padi merah thai
• 2 ulas bawang putih
• 1/2 cawan kicap lemak manis
• Bahan Hiasan
• bergedil
• taugeh yang telah dicelur
• daun sup, dipotong halus
• bawang goreng
• sambal kicap
• ayam, yang telah disiat-siat
Cara-cara
1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
Perghhhhhhh…. ~
Subscribe to:
Posts (Atom)







