Sunday, March 31, 2013

MY ACCOUNTANT GRADUATION DAY.. ^^

ALHAMDULILLAH yg tak terhingga pada Allah kerana masih memberi aku kesempatan utk menimba ilmu dan memperbaiki hidup..

Bersyukur juga kerana di kurniakan keluarga yang tak henti2 menyokong aku dari belakang,.. Ya allah betullah perancangan allah pasti yg terbaik utk kita kan.. sebenarnye allah dah bagi kita kehidupan ni sama rata, cume bergantung pada usaha kita utk memanfaatkannya..

Hidup ini suatu cabaran, jatuh bangun lagi! gagal cube lagi,.! smpailah waktu di jemput olehnya..
" Jadilah seperti LILIN yang membakar diri "..

Luv All Of You... Muaxxxsssss..... !!

KOREAN FOOD ~ SEOUL GARDEN

Tak Dapat gi Korea, dapat makan makanan korea pun jadiklah,, huu..

Alang-alang orang nak belanje, so pergi jelah lagipun bukannye jauh mane, kat KSL city jek.. suasana dia ok, cantik, tempt dia luas, susunan makanan dia pun ok.



cume citarasa makanannya pada aku biasa jek.. lagi sedap steambot kot...

So kalu nak pergi dalam 39/head. . bolehla kalau nak try...

Sunday, March 3, 2013

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DI TERIMA ALLAH SWT

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
         membencinya.
4.     Orang lelaki yang Melarikan Diri.
5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.     Orang-orang yang suka makan riba’.
10.   Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
         dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”