Saturday, September 29, 2012

MUDAHNYA WANITA KE SYURGA..

"1 orang Wanita Solehah adalah lebih baik dari 1000 orang lelaki Soleh"..
Masyaallah amat mudah kan seorang wanita utk masuk ke syurga.. eh mudah ke? ape2 pun insyaallah sy pasti akn cube jadi yg terbaik dan mohon agar jodoh yg saya pilih ini baik dan di kurniakan zuriat yg soleh amin...

Peringatan untuk diriku ...


Friday, September 28, 2012

U’RE THE REASON I COULD FLY..~

"Kalau Allah timpakan ujian pada kita itu tandanya dia RINDU nk dengar suara kt"
Ketika ALLAH rindukan hambanya , ia akan mengirimkan sebuah HADIAH ISTIMEWA.. melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.. Dalam hadis kudsi Allah berfirman :
"pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah UJIAN kepadanya kerana aku ingin mendengar RINTIHANNYA"

Sy bersyukur di balik ujian & penderitaan yg allah bagi rupenya terselit beribu keindahan yg terkadang kita X perasan…

sy bersyukur masih dikurniakan mak & ayah yg selalu menjadi nadi pembakar semangat sy, saya juga bersyukur di belakang saya terdapat adik beradik yg ramai yg kiut miut yg berdiri di samping dan membantu saya merekalah teman gaduh dan ketawa sy, bersyukur sgt kerna di balik kejatuhan dlu buat sy lebih tabah dan kuat,.(ceewaahh, kuatla sgt.. Nampak lipas yg dah mati pun lari 200meter!) dan dikurniakan pekerjaan yg baik, bebas dari cengkaman hutang, kesihatan dan akal yg sihat dan yg paling penting diberi peluang utk bernafas lagi di muke bumi allah yg indah ini sudah cukup membuatkn sy tak henti2 mengucap Alhamdulillah…!

Dan banyak benda yg saya sendiri agak teruja, tadi tu dah tentu2 kekuatan yg saya kire agak luar biase yg allah kurniakan kpd sy selepas kjatuhan dan yg btl2 sy sendiri agk teruja saya dah bole makan kedai mamak.. can u believe that ?? (tlg tampar muke sy, kot2 sy bermimpi !) tapi yg saya tak Berjaya lakukan hingga kini dan yg org lain juga tak bole buat sy lakukan adalah makan daging dan minum susu itu sama sekali tdk akn terjadi ! kalau korang bole buat sy makan daging memang sy akan kiss korang ! (eh tp yg pompan je la! )Hihik.. knape ek.. sy memang x bole mkn daging, apatah lg minum susu.. demm !!

Saya juga dapat ramai kwn dr laman social ni, ramai yg add sy di fb, skype, twitter, ym, cume tak ramai yg ade blog, sy pulak X suke nak war² kan blog sy kpd umum, cukupla sape2 yg terbace atau tertengok.. tp bgus jugak kalau war² kn (carik publisiti la tu, bajet artis! Haha) sekurang2 nye ade jugak pendapat dorang yg sy bole kongsi kan? Hihik xpela mane2 penulisan sy yg baik yg bole di amalkn tu amiklah kurang2 selagi org tu amalkn smpi sy mati pun sy peroleh pahala kebaikan tersebut.. huuu…

hehe ok2 jom kite minum dulu…….!
祝 你 好运 !!

Thursday, September 27, 2012

PERANCANGAN ITU ALLAH YANG RANCANG !

Last month aku gi melaka ade hal, aku gi hari sabtu, bermalam di sana dan balik hari ahad esoknya. Nak balik ke jb semula aku gerak pagi dalam kul 9.30 dengan kawan aku ct.. on the way dalam perjalanan tu perut aku lapor so singgah jap di perhentian ayer keroh untuk breakfast.. pekena mihun goreng dgn air suam dah cukup utk alas perut pagi tu. Alhamdulillah.. dengan bismillah aku pun meneruskan perjalanan..

Tapi kenapa hati aku rase x sedap ek? Sambil drive tu hati aku macam ingin menyampaikan sesuatu tp ape ek? Arhh mainan perasaan kot… (eh tapi org kt, kata2 hati selalunye betul). Ahh bismillah je la, aku pun meneruskan perjalanan.. eh tapi makin jauh meneruskan pjalanan makin rase X sedap hati.. hurmm selawat hana! Selawat! Ok2 xpe singgah jap la beli air.. aku pun membelokkan JKS 1105 menuju ke kedai makan.. nak turun tu aku nak amik wallet aku kat handbeg.. eh? Yer… wallet? Handbeg aku mane?? Aduh! Rupe2nye Xsedap hati tadi seakan malaikat nak bagitaw handbeg aku tertinggal di perhentian ayer keroh tempat aku singgah sarapan pagi tadi..

Subahanallah macammana ni?? Menggigil aku dibuatnye.. nak patah balik mungkin tu kerja gile yang akan aku buat.. so? Yer kol family aku.. handset? Handset aku pun mane?? (dah name pun tertinggal handbeg, mestilar handset aku pun dalam handbeg aku pandai!) eh aku kan bawak member, hehe aku lupe.. (maklumlah orang pompan awal2 bulan emosi terganggu ckit) .. “ct! pinjam handset ko jap aku nak kol mak aku.. then ct pun bg cadangan baik ko kol handset ko tu. Mane taw ade orang angkat.. eh ye x ye gak ek.. then aku pun kol no aku tu.. ishh x angkat?? Hurm dah xde rezeki aku agaknye, habes handbeg kesayangan aku, wallet yg penuh bunge2 tu dan handset lagi jadi rezeki org yg jumpe tu.. hurmmmphh….

Eh.. tapi sifat 'PUTUS ASA' tu kan xde dalam kamus hidup aku,, apelagi aku pun x putus harapan, aku terus kol no aku tu.. Alhamdulillah ade org angkat.. aku terus bagi salam.. tapi org tu x jawab.. (korang jgnlah fikir yg bukan2 kay, dia x jawab bersebab hehe) then aku pun terus hello lagi.. then dia sambut yes hello.. then aku tanye sape tu, saya tertinggal handbeg dgn wallet saya dekat perhentian ayer keroh td.. then dia jawab “ oh yaa, I see a handbeg infront of My table but nobody around. I think sure there must be somebody lost their handbeg then I prefer to give to ‘pondok pengawal polis nearby’…

owh miss.. that’s mine.. I lost my handbeg.. then after cot cet cot cet dgn dia aku pn ckp aku odw nak balik mah aku kat jb. Then dia ckp dia pun nak ke jb petang ni. Dia ckp alamat aku same ke dalam I/c aku mengiyakan.. tp aku ckp x payah susah2 nti dia dah sampai jb dia bgtaw aku kt mane nti aku dtg amik then dia ckp ok.

Then aku pun meneruskan perjalanan pulang ke jb.. lega sikit hati aku tp ade la ckit cuak². Ptg tu aku tunggu panggilan kol tp mungkin dia bz and belum sampai jb lg kot.. arghh think positive je la, kalau ade rezeki aku adela… lewat petang tu aku dpt msg ckp dia x sempat nk bagi malam ni so dia ckp esok baru dia bagi.. then aku pn jawab secara baik.. ok2 no problem.. esok petang dia kol aku dia cakap dia dah dekat depan jusco tebrau. Then aku pun bergegas ke sane. Tibe sane aku menyambut dia baik dan salam dia even dia chineese..’ tanda hormat’.. sambil2 berbual dgn dia (mcm dah lame kenal) dgn senyuman manis aku yg X pnh lekang di bibir rasenye bape ratus belas kali aku X henti2 ucap terima kasih kat dia then aku ckp nak blanje dia makan tp dia tolak cara baik..

U know what?? The 'best thing' is………. I got a new friends from kulai, johor, her name is Goh Ai Ting.. She’s oso accounting people.. Masyaallah…
Nice to meet you Ms Goh !!!

Saturday, September 15, 2012

KE MANA ARAH PERUBAHAN ?

Korang pernah jadi jahat? I mean pernah lakukan perkara yang buat orang benci.. is it pernah? Huu saya yakin setiap orang yang baik, tidak semestinya dia tidak punya kisah silam yang agak bad. Is it true?. Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good.

(Dari mana belajar? Dari kesalahan..) percaya tak kalau saya katakan orang yang tak berani buat salah atau orang yang mulut manis dan hanya ingin orang melihat kebaikannya sahaja dgn sifat yang berpura2 orang itu adalah ‘HIPOKRIT dan PENGECUT’ korang setuju ?

Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia, malah niat untuk ke arah kebaikan tu juga selalu diperlekeh-lekehkan oleh mungkin teman terdekat atau juga saudara dan ahli keluarga. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan dunia yang sebenar.Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang hanya cinta akan dunia.

'Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?'

Kita perlu ingat guru yang paling BAWAH adalah guru yang kita pelajari dari buku² manakala guru yang paling ATAS adalah guru yang kita peroleh dari PENGALAMAN.. Jadi jangan takut pada kesalahan lalu, jangan hidup terus dibayangi kekesalan tanpa perubahan.. Walau hanya sebesar zarah as long kt berusaha ke arah perubahan.
Kita manusia biasa, terkadang kita kuat, terkadang kita lemah. terkadang kita ingat, terkadang kita lupa.
Sebab itu kita perlukan rakan yang selalu mengingatkan, yang selalu memberi kita semangat dan dorongan. Kita semua masih belajar, masih membentuk diri. Perlukan sokongan yang kuat untuk berpaut, kata-kata semangat menjadi pendorong. Memerlukan rakan yang bagai dahan yang kuat, untuk kita terus tegar berpaut. Bukan dahan yang rapuh..

Kita jangan perkecilkan orang yang nampak jahat kerna terkadang Mat Rempit yang disumpah seranah orang pun tak mati², at last dia jadi saudagar cili padi hidroponik yang Berjaya, sedang kita yang dari dulu tak mahu berubah masih berada pada tahap yang sama, mengata dan terus mengata orang tanpa mencermin diri sendiri..

“Sometimes people with the worst past create the Best Future”
Umar Ibni Al khatab’
. ~Demi masa, perubahan itu perlu..

:: 10 PETANDA DIA JODOH KITA ::

1. BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.TERIMA KITA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. SENTIASA JUJUR
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. PERCAYA MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. SENANG BEKERJASAMA
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. MEMAHAMI DIRI KITA
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigitâ€, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. TAMPILKAN KELEMAHAN
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. KATA HATI
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKAL
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.

Friday, September 14, 2012

KELEBIHAN BERKAHWIN DARI HIDUP SENDIRI..

“Berkahwinlah kamu akan perempuan, dimana perempuan boleh mendatangkan harta dan keindahan bagi kamu”
…Saidina umar berkata, Rasulullah saw tidak mengaku umat bagi Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin kerna Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia yang ingin berpasangan..

Ramai orang yang takut berkahwin pada masa kini.. kenapa ?? Menurut kajian ramai yang takut untuk memikul tanggungjawab dan kebanyakkannya lebih selesa hidup membujang dari berkahwin kerna hidup membujang penuh kebebasan, xde ape nak fikir, kewangan pun tak risau, nak wat ape pun xde masalah.. betul ke? Dan ramai yang menggunakan alasan “tidak serasi” sebagai tanda tidak mahu berkahwin.. bagi saya dimana ada tanggungjawab dan kemahuan segala kerja menjadi. Tanpa tanggungjawab dan peranan segalanya boleh musnah..

Pandangan saya cume satu bagi WANITA yg sedang bercinta jika lelaki itu bercinta hanya pandang pada “kecantikan pasangan dan tiada matlamat hidup” sebaiknya tinggalkan saje, kerna kalau dia betul terima anda seadanya dia pasti akan memperbaiki kelemahan anda walau seburuk manepun dan sama-sama menempuh setiap liku2 yang melanda. Wanita walaumacamana kt nmpak dia keras hati sekalipun dia sebenarnye memiliki jiwa yg sangat halus dan lembut bernisbah 1 : 10 berbanding lelaki, tu sebab tugas mengandung & melahirkan anak tidak jatuh kpd kaum adam.. Begitu juga LELAKI, jika wanita itu hanya memandang harta dan kekayaan maka sebaiknya juga tinggalkan saja.. kerna dia pasti akan tinggalkan anda jika anda tiada harta dan jatuh tersungkur suatu hari nanti.
Masa kini dan masa dulu sangat² berbeza, kebanyakan orang dulu² telah berkahwin seawal usia belasan tahun dan mengapa kebanyakannya kehidupan mereka kekal hingga ke akhir hayat.. ?

Cuba kita lihat kelebihan BERKAHWIN…
1) Solat orang yang berkahwin adalah 30 kali lebih baik .
2) Berpuluh² ribu syaitan rebah dan menangis tatkala pasangan mendirikan masjid
3) Doa orang yang berkahwin lebih makbul.
4) Perkahwinan menunjukkan hidup manusia itu telah lengkap sesuai dengan fitrah manusia.
5) Pernikahan merupakan pelindungan paling kuat bagi manusia dari melakukan dosa besar dan maksiat
5) Perkahwinan dapat melapangkan dada dan minda serta mengelakkan jiwa kita dari sepi dan kosong
7) Perkahwinan yang halal dapat mengelak sebarang penyakit berjangkit
8) Ada zuriat dan penyambung warisan
9) Mendapat Doa para nabi dan malaikat serta Rezeki lebih luas & lebih berkat
10) Setiap perbuatan baik orang berkahwin walaupun sekecil zarah adalah 7 kali lebih baik

Jadi mengapa pilih untuk hidup membujang ??? ;)
“LIFE IS TOO SHORT TO SPEND ALONE !”

Tuesday, September 4, 2012

DATANG DAN PERGI…

Dalam kita bergembira terkadang kita alpa, banyak lagi insan² lain yg bernasib malang dan ditimpa musibah malah lebih teruk lagi dari kita. Kenapa kita perlu bersedih dgn ujian allah yg terkadang hanya sedikit buat kita..

Seperti yang allah janjikan, tiada laut yg tidak bergelora, tiada bumi yg tidak ditimpa hujan. Setiap manusia pasti mempunyai masalah yg tersendiri.. terkadang ada org cakap.. “alaaa org yg Nampak heppy tu sebenarnye tengah bersedih”, memang x dpt dinafikan org yg happy tu x smestinya dia x dirundung duka, tp dia pernah fikir tak? Yang dikata tu juga menggambarkan diri sendiri..

Aku bukan lahir dari keluarga yg senang, malah aku juga spt insan lain yg jg ditimpa masalah.. Tolong jgn beri kesakitan tu pada akk aku lg, aku x mampu utk melihatnye menderita lg.. biar penderitaan tu dipindahkan kpd aku.. kalau aku terpilih utk hidup menderita di dunia ini aku redha ya allah tp tolong lindungi ibu bapa dan adik beradikku dari penderitaan ini ya allah..
Harapan aku cume satu, selagi allah pinjamkan nikmat kesihatan dan akal fikiran ini aku cuma mahu lakukan yang terbaik sebagai anak, sebagai adik, sebagai hamba Allah...dan harapan terbesar aku semestinya untuk mencintai seorang yang akan melengkapi hidup aku nti iaitu seorang suami....oleh itu, aku sedang berusaha meletakkan cintaku ke jalanNya... ;)

Orang yg jujur itu ada 3 tandanya: Merahsiakan IBADAHnya, Merahsiakan SEDEKAHnya, Merahsiakan UJIAN yang menimpanya .

Monday, September 3, 2012

PINK SUNFLOWER, CAN I HAVE IT.. ?!

Masyallah teruja aku melihat alam kejadian allah ini.. sungguh indah dan menakjubkan.. mata dan telinga aku agak ‘alert’ ckit kalu melihat atau mendengar tentang bunga matahari.. x taw nape memang ‘hana Mixchi dan bunga matahari’ ibarat ‘irama dan lagu’ tak dapat dipisahkan.. ;)

Meremang bulu roma aku tika sedang asyik menonton sebuah cerekarama di tv3 lalu aku terlihat di atas meja makannye terdapat bunga matahari bewarna merah jambu..! masyallah cantiknye..! mane aku nk dapat..?? hurmmphh kdg2 tu time jalan2 shoping, ade juga aku survey2 kedai bunga tp x de lak tu.. haishhh!
Bunga matahari yg selalu kt lihat kuning kejinggaankn warnanya… hurmpph.. xpe2… 1 day saya pasti dapat melihat dan bermain2 dgn kelopak bunga nye.. how suweeetttttt !!