Saturday, July 28, 2012

~:JADILAH LILIN YANG MEMBAKAR DIRI:~

Hari ni hari sabtu ae? Bersamaan 8 ramadhan semoga anda semua kekal ceria di samping keluarga serta penuhi hidup dengan aktiviti berfaedah & menyeronokkan..

Ok.. For all Accounting student LCCI part I,II,III, CAT, ACCA part I, II, III and those who take accounting professional level.. **Jadilah seperti LILIN yang membakar diri**… Juz remember this word.. “Cita-cita tanpa Usaha adalah Mati” wish u all da best..
Bagi rakan-rakan yang berminat untuk mendalami ilmu account & Financial management jgn persiakan waktu hidup anda kerna menuntut ilmu itu sgt dituntut oleh islam malah X merugikan anda.. Juz visit this site kay http://www.ktcgroup.edu.my/ListProduct.asp?subject=Home ada potongan harga yuran untuk bumiputera yang berminat kerna kerajaan nak menambahkan lagi bilangan akauntan bertauliah di negara ini dan tak ramai company melayu yang buka syarikat audit sendiri. Jom memanfaatkan peluang & masa hidup.. Amin..~

Sharing is Caring… ♥♥~~

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Hye2 teman2 yg saya kasihi sekalian.. harini 1 ramadhan 1433, dimana seluruh umat islam seluruh dunia menunaikan rukun islam yg ke 3 iaitu berpuasa dibulan ramadhan.. Masyaallah begitu pantas masa berlalu, dan kita dapat lagi bertemu lagi dibulan yang penuh kerahmatan ini..

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas kesalahan serta ketelanjuran kata samada yang di sengajakan mahupun tidak.. semoga kita beroleh keberkatan hidup dibulan ramadhan dan juga seterusnya..

Selamat berpuasa buat anda semua dan selamat menunaikan ibadah terawikh.. ingin saya kongsikan kata-kata dan doa sempena di bulan ramadhan ini..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :
“Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dri api neraka“..

Dan dibulan ramadhan ini terdapat satu malam dinamakan malam lailatul qadar yg mana malam ini mempunyai banyak kelebihan dan lebih baik dari seribu bulan.. Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Mahluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.
Salam sayang buat semua.. jazakallah…~

Friday, July 20, 2012

ADIK BERADIK ~ SAHABAT TERBAIK DUNIA AKHIRAT~

Merekalah teman terbaik saya dunia akhirat..
Selain pasangan adik beradik merupakan teman terbaik kt sepanjang zaman..

Pernah dengar X word ni? “AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS”?
begitulah resmi adik beradik..
Standard la kalau ade perbalahan, perselisihan paham pasal saya teringat kata2 arwah ustaz yg mengajar saya ketika di sekolah rendah dulu.. percayalah adik beradik walau mcmane rapat pun tetap ade perbalahan, perselisihan pendapat, cemburu, suka duka dan sebagainye.. tp yg bagusnya perbalahan tu lah yg mbuat kt lebih mengenal, lebih menyayangi dan lebih merindui apabila berjauhan..
I luv my sibling all da way.. ♥♥~

Thursday, July 5, 2012

MALAM NISFU SYAABAN & KELEBIHAN BULAN SYAABAN ..?

Jom kita kongsi.. SYAABAN merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Nisfu dalam bahasa arab bererti SETENGAH. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

Jadi sama2lah kt saling ingat mengingati antara satu sama lain.. Selain itu amalkn amalan sunat spt berpuasa, bersedekah, membanyakkan berdoa & taubat. Semoga amalan rezeki kt lebih diberkati olehnya.