Monday, May 28, 2012

RASULULLAH SUMBER INSPIRASI SEPANJANG ZAMAN~

Bila aku sedang bersedih dgn lakonan dan kepura2an manusia yg menzalimi aku, kata2 ini aku jadikan sbg motivasi diri...

...Jika anda pernah berSEDIH, ingatlah kesedihan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Jika anda pernah diZALIMI, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah dicederakan dan cuba dibunuh kerana Islam.

Jika anda diFITNAH, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dituduh dgn segala kata nista.

Jika anda SUSAH, ingatlah kekasih Allah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, makhluk paling sempurna juga pernah bersusah payah untuk ummatnya.

**Jika anda sedih, difitnah, dizalimi, dituduh dan berasa susah, cukuplah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai motivasi.

Benarlah Baginda صلى الله عليه وسلم rahmat buat seluruh alam...

Saturday, May 26, 2012

INI KISAH TENTANG AKU,DIA DAN TUTTI FRUTTY

Malam selasa lepas pas amik adik bongsu dari jusco, (last day dia keje jusco)
kitaorang tiga beradik pakat2 lepak tutti frutti heee…
^^Si adik bongsu tu gediks.. mintak blanje tutti frutti sebelum sambung U next week..
So pe lagi kite enjoyyyyyyyy…. Hihiks..
Kalau ade adik yg lagi sorang si rina tu gerenti cukup korum asyik bersembang jek,
ade jek yg nak pot pet pot pet.. heheee.. sume2 adik badik dah terikut jejak langkah saya,. (dah gian mam tutti frutti)..^^
~Hahaa oke xpe mane taw 1 day saya buka bisness dah ade customer tetap.. ;))
Heheee kalau nak taw sy memang lebih cenderung ke arah bisness aiskrim, frozen yogurt, water & desert sebegini..
insyaallah .. mane taw saya boleh comersialkan brand ‘Hana Mixchi’ bkn sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa…
So selagi saya bernyawa, dapatlah saya membantu ahli keluarga saya yang susah dan membawa seluruh ahli keluarga saya serta zuriat saya nti ke tanah suci serta memanfaatkan masa hidup sebaik mungkin...aminn..
~huhuu… Doa restu korang sume amat diperlukan di sini.. hehe peace no war!~

Monday, May 21, 2012

KISAH SEDIH DIHATIKU

Hurmm hari ni kan
Saya rase sedih sangat.. segala dokumen yg saya key in hilang..
Tak sempat nak back up..
Dah lah barang berharga sy juga hilang minggu lepas..
Sedih sangat.. tapi bile umur dah nak jejak 3 siries nie dah malas nak bising,
Lebih baik sabar, redha, tawakal dan teruskan perjalanan..

Huuu… tp barang yg hilang tu memang sangat bermakna dlm hidup saya..
Sape yg ambil tu tolong lah pulangkan..
sedih sgt hati saya ni menahan sebak dari hari tu.. T____T!

Sunday, May 20, 2012

MISTERI VILLA NABILA, JOHOR BAHRU

Salam sejahtera dirahmati allah,. Bersyukur aku dipagi hari ini kerna masih lagi diberi peluang meneruskan kehidupan dan salah 1 aktiviti aku selain belajar & mengajar aku akan menghupdate blog yg sedikit sebnyk mbolehkan aku berkongsi ilmu di mana yg baik itu dpt dijadikan tauladan & yang buruk itu kita jadikan sempadan, sekurang2 bila aku dah xde nti dptlah ilmu2 yg bermanfaat tu dikongsi bsama kerna orang yg dah kembali kerahmatullah terputuslah amalannya didunia kecuali 3 iaitu Doa Anak yg soleh, Sedekah jariah dan ILMU yg bermanfaat....sesuai dgn quote kesukaan aku “Andai Aku Mati Aku Akan Hidup Seribu Tahun Lagi”.Eh panjang pulak mukadimah aku kali ni..

Oklah tanpa mbuang mase aku ingin bercerita sedikit mengenai "Villa Nabilla di Johor Bahru” Aku terpanggil utk berkongsi cerita ini pasal smlm baru jek aku melalui kawasan berhampiran ini kerna ingin berjalan2 di danga bay, kemudian kawan aku pun membangkitkan kembali cerita misteri ‘Villa Nabila’. Bagi orang luar pasti korang tak pernah dengar tentang Misteri Villa tersebutkan..
Aku dipahamkan bahawa berpuluh tahun dulu tika itu JB belum pesat mbangun, terdapat sepasang suami isteri yg sgt kaya tinggal di situ, mereka dikurniakan anak tunggal yg cantik bernama nabila.. oleh kerana terlalu sygkan anaknya mereka menamakan banglo mereka sbg “VILLA NABILA”.. tapi satu hari banglo mereka telah di datangi sekumpulan perompak yang sangat kejam, mereka telah membunuh seluruh ahli dalam rumah itu, dan mayat nabila ditanam dan disimen di bangunan rumah tersebut, katanya ini semua angkara mak tirinya yg iri hati..
Disebabkan itu rumah ini menjadi tidak tenteram, Roh mereka yg tidak tenang selalu mengganggu gugat keadaan dirumah tersebut dah beberapa kali orang yang datang ke rumah tersebut utk di diami di ganggu dengan suara2 misteri spt bunyi org menangis dan kelibat bayangan perempuan melalui tangga tersebut.. beberapa kali polis cuba menyelongkar kisah itu juga temui jalan buntu sehinggalah satu hari Ada seorang hamba Allah s.w.t ini datang membantu, (mungkin kerana dah teruk sangat kawasan tersebut diganggu). tidak pasti bagaimana dia menemuinya tetapi diyakini bahawa Allah s.w.t telah menunjukkan sesuatu kepadanya agar ke villa tersebut dan ke tempat mayat Nabila ditanam. Dan dari situlah terbongkar segalanya.Rase sedih pun ada aku bace kisah ni..
Bayangkan rumah banglo yg kalau masa kini nilai harganya masyaallah mencecah jutaan ringgit lebih2 lagi ia terletak dikawasan di atas bukit dan bertentangan dangan pantai lido malah didalam kawasan bandaraya johor bahru yg pesat mbangun dengan projek jutaan ringgit di biarkan usang tanpa berpenghuni..sgt sayang sebab senibinanya cantik mengadap laut pantai lido, yg kini dikenali sbg ‘Danga Bay’

So kalau korang nak tau lebih lanjut trylah search google kay.. Bagi warga johor bahru cubelah lihat sendiri keadaan banglo usang “Villa Nabila” tersebut. Agak seram pulak aku tika menaip kisah ini... !

Friday, May 18, 2012

“PERKHABARAN ITU MENGGEMBIRAKAN AKU”

Pagi tadi tika sedang kusyuk membuat kerje tibe² mber aku YM..
Tanye kabo n sebagainya..
Dalam rancak2 berborak…
Dia mberitahu aku bhw dia nak ke umrah 25 may ni..

MASYAALLAH tersenyum aku mdengar perkabaran gembira ini..
TAHNIAH fasya, kerna dpt juga mengerjakan umrah dalam usia yg muda ni"..
terharu aku mdengarnya..”
Yang bestnye company yg hantar pulak tu utk mengerjakan umrah.. aku doakan semoga btambah berkat hendaknye opis diaorg.. amin….
Macamnilah baru bisnes anak bangsa kita, duit dan keuntungan ade hala tuju yg berfaedah..
BDW semoga selamat pergi dan pulang yek..

JANGAN LUPA seru nama aku sekali tika di sane yewk..!

Wednesday, May 16, 2012

BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG

Rasenya dah bape minggu saya mengidam nak mkn tutti frutti.. aik.. nak kata sy preggy? sy masih anak dara.. hehe xpela ank dara juga bole mngidam what.. huu.. dah agk lame saya x mkn eskim favorite sy tu.. tp masih belum bkesempatan utk sy menikmatinya.. mgkin kerana kesuntukan waktu..

hehee kalu korang2 nak belanje sgt2 di alu2 kan.. bak kate org rezeki jgn di tolak.. musuh jgn di cari.. ;)

Huhu tau x tiap2 malam sy akan buka laman sesawang tutti frutti.. sampai meleleh air liur sy dibuatnya. (Alamak kantoi suda..) ^^
Manelah taw 1 day saya pulak jadi owner tutti frutti kan.. hehekk...

Sambil2 saya buka tu, sy tnmpak kisah rita rudaini dan aidil tak jadi bercerai.. alhamdulillah.. tersenyum sy melihatnya.. mane ade usaha pasti ade jalankan.. smoga berbahagia hingga ke syurga..~
Oklah jom kt cuci2 mate tengok pic tutti frutti.. hrmphhhh nak makan!! Uwaaaaaa.....~

Sunday, May 13, 2012

CERMIN KITA DI MATA ORANG..

Baru2 ni kita di gemparkan dgn berita pembunuhan seorang bapa oleh remaja berusia 15 tahun.. sudah pasti dunia mngecam di atas perbuatannya,. Kerna terang-terangan sifat bunuh tu mmg sifat keji.. Masyaallah dalam usia semuda itu telah terlibat dalam kes juvana yg berat,. Bagaimanakah masa depan dia nanti? Gelap atau cerah?? Peribahasa cina ada menyatakan “Seinci kita menyimpang, Seribu tahun kita TERSASAR”..

Ya, mmg dia pembunuh dan pastinya sifat buruk itu yg akan manusia tu kecam smpai bila2,. Tapi pernahkah kita tahu kisah di sebaliknya.. Dalam usia semuda itu pastinya Akal menghalalkan cara.. Dia dalam keadaan tdesak mbunuh kerna tidak tahan lagi dgn sifat bapanya yg menDERA ibunya saban hari sehinggalah satu hari penderaan yg teruk oleh bapa terhadap ibunya memaksa dia bertindak ganas.. masyaallah menitis air mata wanita saya tatkala mendengar kisah itu.. betapa kasihnya dia terhadap ibunya sehingga terdesak berkelakuan begitu.. seraya hati kecil saya berbisik “dunia owh dunia”..

Tapi bagaimana pula nasib remaja seusia itu? Apabila dia telah dewasa mcmana pula keadaanya nti pasti agak sukar dia mndapat pkerjaan kerna manusia pasti akn kecam diatas perbuatannya dulu.. Hurmm.. Allah pernah berfirman..
Aku xkan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mengubahnya sendiri”..
Aku berharap budak itu mendapat iktibar diatas apa yg berlaku dan akan mperbaiki kehidupannya di kemudian hari.. kerna setiap manusia itu layak utk mdapat “peluang kedua”..

Kata bijak pandai, sbenarnya musuh kita yg paling ketara adalah sahabat kita sendiri.. tahukah knp lumrah alam bkata begitu?? Kerna........
Sahabat biasanya takkan sebut keburukan kita demi mnjaga hati kita dan akan membela kita seadanya.. tetapi musuh bawa kita utk lebih berdikari, mematangkan diri, berperasaan mencabar & mperbaiki diri..
bagi org yg hidupnya sentiasa lari dari masalah cabaran itu sukar dirasai tetapi bagi org yg tak pernah lari dari masalah cabaran itu sbg motivasi diri.

Pujian itu “RACUN”, dan cacian itu ‘PENAWAR’.. Gembira bawa kita ALPA, tp KESEDIHAN bawa kita utk sentiasa beringat..

Musuh yang berakal jauh lebih bermanfaat dari sahabat yg dungu..Orang yang bijak akan mempelajari banyak perkara dari musuhnya sendiri..sebab itulah terkadang kita PERLUKAN MUSUH untuk kenali siapa diri kita..

Tu sbb org kata kalau nak cari pasangan.. carilah yg boleh jadi MUSUH utk mengingatkan kita, yg boleh jadi DOKTOR utk merawat kesedihan kita, yang boleh jadi BUKU sbg sumber inspirasi kita, yang boleh jadi KUPU2 utk menemani kita dikala suka & duka.. kita tak mampu utk hdp keseorangan tu sbb allah ciptakan pasangan utk saling melengkapi..

Pcaya tak kalau saya katakan biasanya kalau org terdekat kita menegur sifat buruk kita, kita agak sukar TERASA pasal ape? Pasal dia org tdekat kita dan paling tdk pun kita dah lali & telinga pun dah kebal dgn teguran dia,. Tapi bila org yg bkn dari pertalian keluarga menegur cntohnya BAPAK MERTUA perghh teguran tu bawa kita utk sentiasa beringat dan mengubah diri,,.. betul tak?? Apepun itu sgt baik utk kt bkn? Huuu wallahualam sy sekadar berkongsi pengalaman..

Oklah ade kje ckit nak wat... byez..luv u olz...;)

Friday, May 11, 2012

DISEBALIK NAMA HANA & 1105..

“..Sesegar MATAHARI menyinar ke pelusuk alam maya..”

Huu.. Ape maksud di sebalik nama HANA erk...??!
mcm2 yg aku dengar mngenai maksud disebalik nama “HANA”
*Kalau jepun Hana bermaksud = BUNGA..
BUNGA?? Memang sinonim dgn wanitakan.. lagi la aku ni pcinta bunga MATAHARI.. wuhuu~
Dan dari himpunan nama2 indah islam pula HANA bmaksud :-
**KEBAHAGIAAN,
**YANG JUJUR,
**REZEKI tanpa kepayahan..
Alhamdulilah indah nama tu.. bkn la bmaksud aku ni bajet bagus ke ape..
tp bsyukur di balik keindahan nama tu..

Kwn2 mmg memanggil nama gelaran aku ‘HANA’ cume fmily tdekat je yg mmggil aku dgn gelaran ‘uda’ tp ada gak yang mngubah suai nama aku jadi Hannah, nana, anna, x kisahlah ape pun aku bangga punya nama HANA.. huhu.. as I said b4.. “I am who I am..”

..#Huhu di sebalik 1105 pula tersimpan bmcm2 memori yg sgt INDAH..

Pertama.. offcourse la date ni sgt2 mberi makna dlm hdp aku kn ..
kerna ia hari b’SEJARAH aku d mana hari pertama aku melihat dunia..,

Kedua.. cer korang tengok no plat kete di atas brapakah no nye?? ^^

Ketiga kbetulan no angka giliran aku di UTM juga tersellit 1105 dibelakangnya..

Keempat tarikh 1105 punya banyak kisah suka & duka di sebaliknya..
Salah satunya tarikh ptama aku mdaftar di sekolah rendah JJ1. & tarikh terakhir aku bkhidmat di sebuah syarikat audit firm di bandaraya JB dan bmcm2 lagi yg kalau aku crita 7hari 7 malam pun x habes.. huhu~

^^Selain tu aku juga suka waktu 11.05am cantikkan no ni.. heheee..

**Antara kelebihan bulan MEI pula adalah
> 1mei.. hari BURUH @ hari mghargai smua pkerja..
> 11 mei hari aku mula melihat dunia,
> 12 Mei @ Sabtu mggu kedua bulan mei hari mghargai semua IBU2 d dunia dan
> 16 Mei hari mghargai khidmat GURU..
wow hidup mei people! Heheee...

Apapun sempena 11052012 ini aku ingin merakamkn jutaan trima kasih kpd ibu bapa, rakan2 sepejabat, poli,utm, rakan2 sekolah, dan smua insan yg m’doakan aku pd hari ini.. jasa korang xkn pnh aku lupekan smpai bile2...
Dan mak ayah.. trima kasih krn sntiasa ada bersama dibalik susah n sngku,.
Ku BERSYUKUR pd yg esa punya segala2nya sederhana tapi ia sempurna.... ~~

Friday, May 4, 2012

WANITA SEJATI MUDAH DI DAMPINGI TETAPI BUKAN MUDAH UTK MEMILIKI HATINYA.. KENALI WANITA..

“Kesetiaan WANITA di uji apabila Lelaki itu tidak memiliki apa²,. Kesetiaan LELAKI pula di uji apabila dia memiliki segalanya”~

SEANDAINYA LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

Thursday, May 3, 2012

FAMILY DAY 2012 !

1 Mei 2012 Hari yg dipilih oleh kami sekeluarga utk mengadakan FAMILY DAY TEMA : MERAH HITAM.

Sehari bersama keluarga di adakan di Pusat Rekreasi RM-Desaru. Jam 8pagi berkumpul di rumah ayahanda hj kasim dan terus bertolak ke Desaru, Kota Tinggi. sampai di sane terus ke dewan makan utk sarapan pagi beramai2,.
Acara dimulakan dgn bacaan doa oleh Tuan Hj Kasim di iringi dgn ucapan anak2 sempena hari ibu 12 mei nti dan sempena hari jadi mereka² yg menyambutnya di bulan Apr & Mei iaitu Marina 30 April (adik), Nor Afidah 10 Mei (kakak), Norhana 11 mei (saya), Mohd Shah Farhan 6 mei (cucu ayah), Nurul Amirah 8 Mei (cucu ayah)..
Kemudian acara diteruskan dengan permainan kotak beracun yg diringi dengan lagu dan soalan² yg memang racun (haha).. Antara soalan2 nye adalah :

i. Berikan 5 nama bunga yang berwarna purple (gulpss) – soalan ini terkena pd kakak iaitu Nor Afidah, huhu beliau tdk dpt mnjawabnya & di denda dgn menyanyi kan lagu kesukaan ayah.. (60an tuuu!)

ii. Berapa jumlah kereta yang datang pada hari ini dan sebutkan no plat setiap satu. (soalan ditukar kpd apa jenis kenderaan) – Asoi bakal menantu ayah yg terkena soalan ini dan mnjawabnye dgn salah dan di denda dgn menyebut nama ayah dan ibu2 mertua.. ;)

iii. Sebutkan jumlah kehadiran yg datang pd hari ini & sebutkan berapa orang dewasa serta kanak² - nampaknya en kaharudin terkena kali ini & beliau juga tdk dpt mnjwbnye & di denda dgn mencium isteri tercinta.. wiwittt ;)

iv. Nyanyikan salah satu lagu popular kumpulan ziana zain – (zaki husben jun yg terkena kali ni dan tdk dpt mnjwbnye dan atas permintaan ramai juga didenda dgn mencium org yg tersyg iaitu isteri tercinta.. muaxssss!!! ;)

Kemudian acara terakhir pagi itu di teruskan lagi dengan penyampaian hadiah (lucky draw la kononnye) hehe.. di mulakan dgn cucu2 hj kasim (amboii berebut kaw nak amik hadiah!) seterusnya isteri serta anak2, menantu dan juga bakal² menantu..
Seterusnya masing2 lepak di hall sambil berborak2 and makan makanan ringan.Tengahari setelah selesai solat zohor masing2 berkumpul di dewan makan utk makan makanan tengahari wow makanan sedap2 tu ada ketam masak lemak cili padi, udang halia, ulam² & sambal belacan, asam pedas ikan merah, sotong berlada dan beraneka buah-buahan..
Selepas makan apa lagi aktiviti jln2 di tepi pantai la plak,.. and mandi di di swimming pool... yaw! Bestnye tengok diorang pandai berenang tapi saya? Agak trauma melihat air kolam mahupun laut.. huhuhu..
Setelah penat bermandi- manda, petang tu acara barbeque la plak kan, sedap tu ayam panggang dia serapan rempahnye sgt rase dimakan dengan sos black papper nyummy… dan berbagai makanan lain seperti udang & sosej..
Badan pun dah berpeluh dengan bauan asap dengan angin yg sepoi2 bahasa mengadap pantai, then balik ke rumah banglo kami hehee,, mandi bersihkan badan dan berkumpul beramai2 lagi sambiil tengok tv dan minum petang,
Selesai solat maghrib kami pun alas perut malam dan berkumpul bersalam- salaman seisi keluarga mane yg mahu pulang ke kediaman masing-masing.. uwaaa nak berpisah lah pulak.. ;( say babyeeee…! namo!
Tapi apepun sangat seronok dpt berkumpul beramai2..You all memang suwettt and sporting !

Jumpe lagi pada 02 Julai ~ besday ayahanda tercinta.. muaxxxxxxxxssss !!!
Disediakan oleh : anak ayah no 4 yang paling cumils.. heehee sekian!