Thursday, December 23, 2010

"BUKIT CERAKAH.."

Malam tu pas balik dari anta mbe dayana ktorg plan nak gi bukit crakah kbetulan pinat ada games ng dak opis dia..
So ktorg pn plan nk follow r sambil bagi moral sapot ktorg pn plan nak main beskal kasi kurus sikit bdn..
Huhu pagi tu 18/12/10, ktorg pn bgun pagi bersiap2 tuk ke bukit cerakah, nk kt bgun pagi agak lewat gak sbenarnya, mane taknye smalam da lah balik dr kl dkt 3pg, pastu lyan cite paranormal activity lak tu,.. naik meremang bulu tengkok tgk rncangan tu, rncngn tu ksh benar yg di lakonkan balik, amik kaw kul 5pagi pn masing2 terbeliak xle tido.. seb baik aku tido tgh2 antara ramai2 tu… heheheh..
Soknya dlm kul 8lebih ktorg pn gerak ke bukit cerakah s.alam, odw tu ktorg sggah makan jap kat restoran Merah bkit jelutong & trus ke destinasi..
Sesampai je di bukit cerakah beskal sume da xde dah ade org book, so ktorg pn nek bus r nak ke tmpt org men painbal, syok gak tgk org men painbal, tringin lak aku main.. tapi dorng kata main tu mahal ehhh…
Make sure 1day aku msti nk ajak fmily aku men painbal… huhuhu…
Pas boring tgk, ktorg pn plan nk gi ke rumah 4musim..
Hmmmm musim ape lak kali ni ek..kate dorng, aku ikut jek.. rupenya musim salji..
Waahhh syok2…!! Aku nak masuk!! Huhuhu… ktorg pn masuk ke dalam rumah yg pnuh ng salji tu..
Peghhhhhh sejuuukkkkkk giler wa ckp lu… memang berasap2 mulut… badan pn menggigil ksejukan.. gile ar…
Pas tu ktorg plan nak gi ke tmpat padi lak, mkn nasik bubur ng dodol free,.. tapi tu sume xsmpat, ktorg balik smula ke tmpat painbal n beransur pulang,..
Sesampai je di rumah, masing2 lepak kepenatan,.. ^____^
Syokkk wehhhh…

Wednesday, December 15, 2010

ANTARA KACA DAN PERMATA

Ahad lepas masa aku gi jusco makan dgn kawan2 aku, aku ternampak ada satu family duduk berdekatan dgn meja makan ktorg sgt “happening”, bapa dia india & mak dia lak cina tapi dorg sume berkomunikasi dlm bahasa inggeris. Yg aku terpegun mcmana dorg boleh bsama sehingga berpuluh tahun sedangkan dorang dari budaya & fahaman yg berbeza. Bak kata org dalam hubungan tu perlu ada komunikasi, tolak ansur, & fahami apa yg pasangan kita suka & x suka. Kdg2 masalah kronik macamanapun dpt di selamatkan dgn ‘PERBINCANGAN’.
Masa aku gi kursus kawen aritu pun dia ada ckp sdgkan adik beradik yang sama talian darah pun boleh bergaduh inikan pula suami isteri yg dari keturunan yg berbeza, kadi daerah johor bahru yg sampaikan ceramah tu pn ada menyelitkan tntg keperibadian salleh yaacob, masa sy menikahkn salleh yaacob sy sendiri melihat wajarlah allah kurniakan dia beristeri 4, dia seorg yg sgt mudah tersenyum, senang mbuat org tertawa, bertanggungjawab, peramah & dia juga memiliki ilmu agama yg mendalam, Satu kelebihan salleh dia kahwin atas niat dan dia tdk pnh menceraikan isterinya yg terdahulu. Terkadang ustaz sndiri pun menceraikan isterinya utk berkahwin lg.

Kelebihan salleh yaacob dia jg besft adil; Apa jua harta kebendaan yg diberikan kpd isterinya jg diberikan kpd isteri2 nya yg lain. Pada mula isterinya jg x boleh menerima knyataan berpoligami, tetapi atas dasar perbincangan & peranan bersama akhirnya wanita tu boleh menerima kenyataan tersebut. Aku sebagai wanita sendiri pun scara x lansung kagum dgn keperibadian salleh yaacob. semoga allah melipat gandakan rezekinya & beroleh keredhaan allah didunia mahupun akhirat..

Rata-rata kita lihat pd zaman skrg ni ANTARA punca penceraian adalh krn tiada persefahaman antra 1 sama lain & laki2 bersifat tlalu ego. tkdg nak berkahwin lagi tp x sesuai pd cara & keadaan. Atas dasar ego dia bkata “dulu ko yg mintak cerai, so aku ceraikan kau lah”. Allah jadikan kaum lelaki tu sbg PEMIMPIN, sebaik2 pelindung kpd kaum wanita. Tu sebab wanita (kaum hawa) tu kejadiannya hnya dari rusuk kiri adam, sebab itulah tanggungjawab lelaki adalah berat krn lelaki apabila berkahwin dia yg menanggung dosa isteri serta ank perempuannya apa yg penting toleransi antara 1 sama lain.

Percaya atau tdk, ada satu tahap yg perempuan tu sebenarnya boleh menerima poligami. Sebaik2 sifat ihsan adalah wanita kerna wanita mempunyai sifat ihsan bernisbah 10 : 1 berbanding kaum lelaki.

Berjalanlah sesuai dgn peredaran zaman. Org yg berkuasa itu adalah org yg dapat menguasai dirinya sendiri, terkadang kita berdoa & berdoa ttp knp doa kita tu seakan x dimakbulkan oleh allah, rupanya kita tlupa, yg doa tnpa usaha adlh sia2.. allah menyuruh manusia berusaha sehabis mungkin di iringi dgn doa & tawakal.

Terdapat 1 pasangan yg sudah berkahwin lama ttp masih tdk dikurniakan zuriat. Kemudian si suami pergi mdptkn seorg ustaz, dia btnya :knp sy masih tdk dikurniakan zuriat ustaz, puas sy berdoa & berusaha.. stelah ustaz itu menasihati & btny kpdnya barulah dia tersedar bhw rupa2nya dulu dia pnh bkta “aku xkahwin seumur hdp aku pn x mngapa”. Lalu ustaz itu mnyuruh dia bertaubat dgn taubat nasuha.. x lame kmudian dia dikurniakan zuriat.

Manusia tu xpnh lari dari sifat pelupa, tu sbb manusia tu kena saling di ingat & mengingati. Allah anugerahkan manusia itu dgn naluri ingin hdp berpasangan, Kalau kita tgok harini kita diberi ceramah tentang dosa & maksiat kemudian kt menginsafi. Tetapi pcyalah apa yg kt dengar tu boleh bertahan selama seminggu dua shj atau paling tdk pun sebulan dua.. bila kt dah bercampur semula dgn kelekaan dunia kt akan lupa & lupa lagi..

Hidup perlu ada cabaran, ambillah positif stiap apa yg org kata utk bjaya, tkdg kt x bole terima apa yg blaku skrg & tpksa pasrah apa yg blaku sterusnya. MASA itu terlalu berharga. .Dan pentingnya ilmu di dada; Kalau kita nak bersyukur kita kena lihat org yg jauh lagi rendah taraf hdpnya berbanding kt dan kalau kita nak berjaya, kita kena lihat org yg jauh lagi tinggi tarafnya berbanding kita. Tolong ingatkan saya kerna saya jg manusia biasa yg x pnh lari dari melakukan kesilapan. . . wallahuallam…

Monday, November 8, 2010

HITAM PUTIH MASA DEPAN SENDIRI YANG MENENTUKAN

Xde KAMUS yg mengajar kite tentang kehidupan semua tu kite kena tempuh sendiri dgn keyakinan dan tanggungjawab kerana ALLAH swt.. PENGALAMAN aku, manusia selagi dia belum nak berubah, bagilah nasihat bertubi2, ckplah baik² or kasar² mcmanepun dia xkan berubah kecuali satu MUSIBAH yang menimpa dirinya.

Dpn org yg menasihatknnye dia akan tunduk seolah2 mendengar kate tp ia ibarat masuk telinga kanan & keluar telinga kiri semuanya xkn mgubah ape2. Itu mmg lumrah kerana manusia mmg bersifat PELUPA.. Daripada MUSIBAH itulah dia akan tersedar betapa berharganya kehidupan & tanggungjawab.. tu pun kalu dia x tersentak lagi maknenya HATI dia telah MATI tu sebab org yg hidupnye sentiasa gembira, , belum tentu hidupnye yg ke depan xde liku² yg melanda.. kerna ALLAH masih bnyk lagi tirai rahsianya yg kite X ketahui..
Bagi aku semua wanita memiliki hati yg lembut, cume dlm keadaan² tertentu dia akn berubah spt serigala, smuanya di sbbkn keadaan persekitaran.. tu sbb wanita hatinya mudah tersentuh, mudah menangis, dan lebih beremosi berbanding lelaki.. LELAKI ckplah bertalu2 mcmne pun dia tetap memiliki hati yg keras. Mulut dia manis, stiap kali berckp tp tak buat2.. akhirnya perempuan dah penat nak berkata² lagi termasuk IBU’ sendiri, kerna org lelaki mmg sifatnye ‘x SUKE MEMIKIR.. berbanding dgn wanita,..

Sbb itulah Allah jadikan manusia tu saling melengkapi, lelaki psgnnye wanita, lelaki walau dia keras hati mcmanepun dia TAK BOLEH hidup tanpa wanita. Dan.. kecemerlangan rumahtangga terletak pada kebijaksanaan isteri yg menguruskannye, kerana hal2 rumah, ank² lebih sinonim dgn keibuan seorang wanita.. dan bnyk kite dengar di sebalik KEJAYAAN seorg LELAKI tdpt seorg WANITA di belakangnye.. TAK ADA sebab kenapa wanita X boleh tunduk & akur pd perintah suami, bile memiliki suami yg bertanggungjawab & menghargai kehidupan kerana Allah.

Wanita walau dia garang mcmanepun dia ttp memilik naluri TAK SAMPAI HATI’ berbanding dgn lelaki walau dia baik & setia mcmanepun satu hari dia akan memiliki sikap SAMPAI HATI’ Kerana EGO yg tinggi, tp jgn mudah terlupe yg dunia ni ade empunya, Tu sbb lelaki yg memiliki ego yg terlalu tinggi akhirnye dia jatuh tnpe dia sedari.. TOLERANSI la yg menyelamatkn hubungan ..
Wallahualam… same2 lah kite saling tegur menegur & berkongsi pengalaman insyallah..

Friday, October 8, 2010

"PETUA MURAH REZEKI & JAUHI HUTANG"



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan,
Allah memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. MEYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.

5.BERBAKTI & MENDOAKAN IBU BAPA
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
dan ad-Dailami)

6.BERBUAT BAIK & MENOLONG ORG YG LEMAH
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. TUNAIKAN HAJAT ORG LAIN
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. BANYAKKAN BERSELAWAT

9. BUAT KEBAJIKAN BANYAK2x
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.BERPAGI2x
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.MENJALIN SILATURAHIM
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.MELAZIMI KEKAL BERWUDUK
Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
Walid)

13.BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
Daruquthni dari Anas r.a.)

14.MELAZIMI SOLAT MALAM
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah

15.MELAZIMI SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)

16.BERSYUKUR KPD ALLAH
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.MENGAMALKAN ZIKIR
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

18.BERDOA
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19.BERIKHTIAR SEHABISNYA
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,
hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
yang haram, dan sebagainya.

20.BERTAWAKAL
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-
Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
r.a.)

Wednesday, September 1, 2010

MENGINJAK PADA TANAH YANG SAMA ; BUAT AKU TERSENYUM..



Macam biasa tiap kali menjelang waktu lunch aku akan YM rakan2 sekerja ku di department lain…

AKu : Weh! Makan mana??
Si A : ntah.. mkn mane ek
Si B : Satu Malaysia jek kot..
Si C : Kita rase nak mkn fastfood la nari

Begitulah ragam masing2 pasal dah xtaw nk makan kat mne lg, hari2 tempat dan lauk yg same.. Ye la hari2 mkn tempat & lauk yg same.. Tu yg sejak akhir2 ni aku da jarang mkn luar, terkadang tu aku “tapau” jek n terkadang aku puasa..

Hari tu, Tika makan lunch beramai2, macam biasala.. masalah ofis xkan pnh lekang dek bibir stiap org… biasalah mane ade hdp yg xde tekanan, keje kat mane2 baik swasta ke gomen same jek.. kalau x keje pun masalah gak.. tu lah kehidupan seorang insan yg bernama manusia..

“kak hana kenapa ek, kita x kacau periuk nasi org, tp org suke kacau periuk nasi kita..
aku tersenyum sambil mengunyah sisa tulang ayam yang sebenarnya dah hancur dimamah dek gigi aku.. aku xde jawapan utk persoalan itu.. yg penting "NAWAITU" kita utk bkerja… sbb aku jua blajar dari pngalaman.. aku pnh jatuh sejatuh2nya dan gaji yg aku trima skrg ni pn lebih rendah berbanding dari apa yg aku pnh dpt dulu.. tp bak kata pakar motivasi : “Rezeki sikit kalau kita taw bersyukur, nikmatnya lagi besar” malah walaupun rezeki kt sedikit tp kalau kita seorang yg pemurah insyaallah hasilnya akan lebih lumayan..

Aku berpegang pada satu prinsip “DUNIA NI ADA EMPUNYA” walau kt buat mcmana pun balik lah pada yg satu.. sebab allah da bkata “KUN FAYA KUN” kalau dia kt jadi, maka jadilah ia…

Sambil meneguk air, aku melihat jam.. hampir pukul 1.!

Saturday, July 24, 2010

DENGGI MELANDA KU~


Stlah dmam sbulan x baik2, gi klinik dokter ckp dmam biasa tapi ht terdetik nak wat check up kat hospital kerajaan..
X ley jadi nie da sminggu aku lnsung x slera mkn..
Salu aku pantang nmpak makanan..
Nie mknan sdp2 pn aku lnsg xle telan..
My mum adlh org yg paling risau..
Then masa tu ari jumaat 16/07/10 my mum pn ajak gi check darah kat
Klinik kerajaan.. aku pn pergi pagi tu..
Pas check darah tu dokter terkejut tgk kputusan darah aku..
“darah awk dah teruk nie! Dah tau dmam sminggu xbaik2 npe xtrus gi klinik??? Awk kne kuarantin nie,. Jap lagi ade ambulan akn bw awk gi hospital besar… huhhh!! Masa tu mcm nk terkeluar jntung aku bila dga.. scare x sgaja air mata aku meleleh.. (biasela naluri pompan kan). Ambulan pn trus bawa aku naik trus ke hospital besar, spnjg jln ambulan tu berbunyi,.. huh bising tol,. Aku da la ngh sedih ni..
Sampi je hospital aku di masukkn ke wad kcemasan,. Hampir 4jam gak aku ka twat kcemasan, bru aku d pindahkn ke wad biase, hari pertama aku kat wad, seluruh badan aku da naik bintik2 merah.. yg paling aku xtahan dua2 tgn aku nie kna masuk air, pedihnya x terkata, lagi2 ada nurse pelatih tu ms mule2 nk cucuk jarum yg tebal tu tuk masukkn air ley tersalah urat lak, habes menitik2 darh aku kat cadar katil tu aku tgk pn da x larat nk mnjerit, cume mngalirkn air mt jek,. Ptg tu aku rs tknnan sgt dok kat hospital tu mne xnye, denggi kan xde ubat, dia cume soh bnykkn minum air utk merawat.. ada pun ubat tahan sakit jek,. Biasela law da minum bnyk air ni mstilah nk terkucil je kjenya,. Da la aku sowang2, fmily aku x teman aku tido sne, so stiap kali ke toilet aku terpkse menggendong botol air tu da la bisa gile tgn aku stiap kali bw, jarum kat urat tu terentak2 smpai darah pn kua bnyk kat air tu.. ya allah ya tuhanku… aku dah x berdaya lagi,.. da la tu stiap 2 jam skali dokter asyik amik darah aku, sampai kul 1 pagi, 3 pagi, 5pagi pn dtg amik drh.. aku rs lebih 30kali dia asyik amik drh sampai dah bengkak2 tgn aku, biru lebam da x bdaya lg,.. esoknya stiap kali dokter dtg nk check drh msti aku mryu nk balik,. Dokter sy nk balik,.. ada sowg dokte tu ckp, xbole syg, drh awk truk ni awk denggi berdarah,. Sminggu pn lum tentu ley kua, ptg tu aku x puts asa aku tny lagi 2,3 org dokter,.. aku nk lik jg,. Smpai ada sowg dokter tu ckp “mcmane bagi kamu balik??? Darah kamu da teruk ni dari 38, naik 46, naik 50 kalau smpai 60 sy takut awk jalan!.. alamak skali aku da kne tibai r..
Ptg tu aku d pndahkn ke wad 8A, peghhh lg aku seram gile.. ptg tu ok la ade 2,3 org sebelah aku, yg 2 org tu sakit jntung, n sowg lg kncing manis.. tapi tiga2 tu da nk kua ptg tu.. gile bapak habis tinggallah aku sowg kat wad tu.. sbelah sne adela tp laki.. ya allah ujian mu sgguh hebat.. da la mlm ni xde spe teman aku.. aku da cam nk nges da.. esoknya pagi2 aku mtk nurse cabutkan saluran air botol dr tgn aku utk mndi, so tgl jarum jela kat tgn aku yg ditutup ng getah pnutup,. Stiap kali dokter wat check up aku ckp aku da sihat.. hmm dokter tny, “ada pening? Xde.. ade rs nk muntah? Xde.. smuanya aku bilang xde, n aku trus mnyapa dokter ley sy balik,.? Hmm seraya dokter mnjawab.. blum bole lg, trima kasih! Pehhh… aku xpts asa, aku trus btnya lagi smpai dokter tu bosan.. akhirnya berkat doa aku n ibu bp aku ptg tu aku di benarkan klua.. ya allah gembiranya hny tuhan yg taw,. Tgan da bebas dr botol air,. Tido kat mah da ley kuak lentang,.. uwawawawa terharunya… petang tu lak tunang aku ng kuage nya nk dtg mlwat,. So dowg xjd dtg hospital, dowg cume mlawat kat mah je la.. inilah tarikh aku di masukkan ke hospital
16/17/18 july 2010.. sayonara 2010..~

Tuesday, July 6, 2010

ANDAINYA AKU SEORANG NOVELIST..??

Aku tak tahu memang sedari kecil aku cinta terhadap penulisan.. dan aku mmg lebih suke berkhayal, angan2 dengan membace novel yg kadang2 boleh mbawa aku ke alam maya… ceh….. apatah lagi novel2 yg menarik…

Dan yg paling teruk lagi kalau aku bercinta aku suke memberi surat2 atau kad2 cinta.. ish! Malanglah sape dapat aku.. esok nak tido pun mesti nak berpuitis dulu..! ;p
Tapi pada yg tau menghargai terima kasih diucapkan… tak spt sesetengah org tu dah bagi kad cinta dahlah tak ucapkan “terima kasih” malah boleh membohong ckp belum bace lagi.. bkn sekali aku terkena da bnyk kali dgn sikp ........... dia… tqvm!…..huuhu..

Dah hampir siap novel yg aku coretkan tu.. dan alhamdulilah ade yg sudi utk terbitkan novel aku yg pertama tu… huhu.. dan mungkinkah disitu bermulanya perjalanan aku sbg seorang novelist… auchhhhhh…! Sape bilang angan2 tak bisa jadi kenyataan..?
Dan sape bilang hana mixchi x bisa jadi seorang penulis… (..ye la tu hana..)
Tak lengkap pena tanpa kertas…

Dulu mase aku menganggur, yg mnjadi teman setia aku adalah mata pena dan kertas,. Itulah tmpt aku meluahkan perasaan…

Monday, May 3, 2010

"TIPS HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH"


Bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh?

Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu :)
Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.

1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.
Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.

Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya :) )

2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).

Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.

3) Beri kejutan kepada pasangan anda
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.

Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya :) )

Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.

Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta ringkas pada posting kali ini.

Ingat, jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.

Semoga Berjaya.

Sunday, April 18, 2010

MATAHARI KU..




MATAHARI
Kelopakmu yg kuning keemasan berkilau2 memancar cahaya
Menjadikan diri tenang dan nyaman apabila melihatmu..
MATAHARI
Menjadi semangat utk aku di kala pagi,
Semangat utk aku terus berusaha..
Semoga aku dapat membantu orang yg memerlukan 1 hari nanti..
Andai kata esok duniaku sepi tanpa sesiapa di cc
Selain ALLAH,
moga bunga matahari la yg menjadi teman setiaku walau dimana aku berada..
Begitu indah flora & fauna ciptaanmu ya ALLAH..
MATAHARI.. teruslah menyinari hidupku…

Tuesday, January 5, 2010

SESUATU YANG PALING KITA BENCI; ITULAH YG SALU KITA DAPAT.!


Hukum menyatakan bumi itu bulat.. alam itu hijau, air itu biru,.. tanah itu bumi dipijak dan langit itu dijunjung..

Setiap org ade impian masing2.. dan x semua apa yg kita harapkan menjanjikan pulangan seperti yg di impikan.. Kadang2 benda yg kita taknak dalam hidup tapi tu yg salu kita dapat.. contoh kita amat memerlukan sebuah beg utk menghadiri seminar di sebuah tempat, kebetulan kita xde beg dan kedai beg tu cume menjual beg yg kita x brape berkenan.. disebabkn kita nak guna so kita pn belilah… “Boleh la drpd Xde”..

Baru2 ni aku dapat berita kurang best! Msg berbunyi : Uda tolong A***g, da xtahan lagi.. Arghhhh!!! Benda tu terjadi & terjadi lagi dalam hidup aku…Aku dah naik jelak utk hadapi semua tu sendiri.. tak boleh ke ko jage **** dgn baik! Allah jadikan ko sbg lelaki utk melindungi wanita… bukannye tempat ko melepaskan nafsu serakah tnpa tnggungjawab & peranan ko sbg hamba allah… bila kehidupan yg aku hadapi sedari kecil beginilah yg menjadikan aku membesar dengan iringan tekanan… lebih2 lagi bile aku tgh sesungut… habes semua meja kusi aku maki… auchhhh…!

Bila mak bapak berpewatakn begitu depan anak2,.. anak2 akan membawa haluan kiri.. tu sebab banyak budak2 kat luar sane yg masih kecik sudah merokok, menagih, x kurang juga yg melacur diri.. Aku paham jiwa mude “memberontak”.. aku xnak benda2 tu semua terjadi & terjadi lg dlm keluarga aku… aku akan pertahankannya hingga ke hujung nyawa aku..!

Memandangkan aku belum kahwin, jadi akulah tempat adik beradik aku meluahkan dan meminta tolong.. dulu mase anak **** aku di culik dan di …………. Aku lah org yg menghantar **** ke balai utk membuat report setelah hampir seminggu dia xbalik.. dan mase tu pukul 2,3 pagi aku berulang alik dari balai polis,rumah mayat.

Pernah satu tahap aku da x kuat sgt utk hadapi sume ni.. aku ambil kunci kete bawa kete laju2 dan menjerit sekuat hati, menangis & terus menangis… knp x habes2 itu berlaku..! org nampak kita tersenyum tapi org tak pnh nmpk keperitan yg kita lalui…! Astagfirullah! Zaman serba moden skrg ni, ssh nak cari lelaki yg bertanggungjawab, yg menghargai & melindungi wanita…

Aku membesar melalui pengalaman, Tu sebab lah knp aku sgt menghargai mase, sentiasa melihat lebih jauh, bersedia, & X suke membuat hutang yg lame.. ade kisah2 di sebaliknya… Aku nak kehidupan aku & zuriat aku nanti lebih sempurna, berpendidikan, terpelihara agama, happy & bahagia bersama & menjadikan aku idola dorang utk berjaya… (hah….?) ;p

Aku merenung tajam cermin di hadapanku sambil memegang gunting… Aku mengerat rambut aku yg dah panjang tu hingga parat bahu.. huh! Rimas ….

Sunday, January 3, 2010

JGN JADI ORG YG LEWAT”..







Org kata menyesal dahulu pendapatan,
mnyesal skrg tiada gunenya..
Fikirla baik2 ttg wording ni ek…
Kalau org kata “x cukup2 lagi ke ape yg ade pd kita”
Kalau kt rs da cukup,
smpai bile kt nak bntu ank bgse kt tuk trus bjaya,
ade harta ngam2 pn utk diri sendiri,.
Pahami mksud bersyukur…
Nak kt x cukup sifat, cukup sifat,
kesihatan pn sempurna tp soh kje malas…
Hah malas ni lah pnyakit org kita yg xle di bendung lagi…
Aku pn ade gak sifat malas aku,
tapi xde lah smpai makan mase yg lame,
hidup ni kena brani,..
lagi lah kt hidup dlm dunia yg mncabar nie,..
kt kena pndai rebut pluang
kalau x kt akn jadi org yg tertinggal jauh ke belakang,
smentara sihat ni manfaatknlah masa,
sok da sakit, dah ade mcm2 mslh & halangan
nk wat ape pn da xleh,
hutang belajar,hutang ape2 sok dah x tbayar,
mcmane nk berkat hdp..
sudahnye kt mnyusahkn org lak nti,..
Org yg semakin bnyk ilmu yg kt blajar, smakin bodoh di rasakan, tapi org yg malas belajar semakin rasa dirinya semakin pandai…

Sama2 la kita saling igt mengingati…